JOHOR BAHRU: UMNO wajar menerima DAP sebagai sebuah parti yang boleh untuk parti Melayu itu menjalinkan persahabatan, kata Datuk Seri Ahmad Maslan.
Menurut Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO itu, DAP yang ditubuhkan sejak lebih 50 tahun lalu telah membuat perubahan yang sangat besar dalam perjuangan parti berkenaan.
Jelas Ahmad, ini termasuk melalui Deklarasi Shah Alam 2012 dan Deklarasi DAP@50 2016, yang mana DAP komited mempertahankan empat perkara dalam Perlembagaan Persekutuan.
"Dalam kedua-dua deklarasi itu, menyebut bahawa mereka menyokong kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan; menyokong hak istimewa Melayu dan Bumiputera, menyokong kedudukan dan kedaulatan Raja-Raja Melayu, serta menyokong Bahasa Melayu sebagai bahasa Kebangsaan.
"Pada pandangan saya, itu adalah satu kenyataan yang betul yang mereka lakukan," katanya ketika ditemui selepas selesai menunaikan solat Jumaat di sini, hari ini.
Ahmad berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Ahli MKT UMNO, Datuk Nur Jazlan Mohamed yang mahu DAP untuk berubah menjadi parti yang sederhana supaya boleh terus disokong oleh masyarakat Cina dan pengundi Melayu.
Nur Jazlan dalam kenyataan di laman Facebook antara lain berkata sekiranya benar DAP mengharapkan sokongan orang Melayu melalui kerjasama dengan UMNO, parti itu perlu berani membuat perubahan besar untuk mencapai kejayaan pada Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) nanti.
Selain itu, Ketua UMNO Bahagian Pulai itu turut menggesa agar DAP menggugurkan slogan “Malaysian Malaysia” daripada perlembagaan parti itu jika mahu mendapat sokongan pengundi Melayu.
Mengulas lanjut, bekas Setiausaha Agung UMNO itu berkata penerimaan terhadap DAP juga diperkukuhkan lagi selepas pimpinan DAP pada Disember 2022 memberi jaminan untuk menghormati empat perkara ketika pembentukan Kerajaan Perpaduan.
"DAP salah satu parti yang tandatangan atas nama Pakatan Harapan (PH).
"Kemudian apabila kita lihat ucapan-ucapan Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke, beliau menyatakan dengan jelas DAP tidak diharamkan kerana DAP berpegang kepada Perlembangan, yang mana empat perkara tersebut ada di dalamnya," tambah Ahmad.
Sebelum ini, beberapa pihak mendakwa orang Melayu akan terus menolak UMNO kerana bekerjasama dengan DAP, termasuk mendakwa prestasi buruk BN dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) pada 12 Ogos lalu, kerana penolakan pengundi Melayu.
Pada 16 Disember lepas, lima gabungan parti politik utama - PH, BN, Gabungan Parti Sarawak (GPS), Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan Parti Warisan (Warisan) menandatangani perjanjian persefahaman kerjasama di Putrajaya bagi membentuk Kerajaan Perpaduan yang stabil.
Hasimi Muhamad
Fri Sep 01 2023

Ahmad berkata DAP yang ditubuhkan sejak lebih 50 tahun lalu telah membuat perubahan yang sangat besar dalam ideologi parti berkenaan. - Gambar fail

Hanya 49,687 daripada 132,404 permohonan layak sertai Inisiatif Pendapatan Rakyat
Sejumlah 49,687 individu daripada 132,404 permohonan Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) layak menyertai program itu.
Bila internet laju, hiburan lagi padu!
Dah ada Astro kan? Berita baik untuk pelanggan Astro. Dapatkan Astro Fibre kelajuan 500MMbps hanya RM90 je sebulan! Lagi best, harga tu tetap selama 24 bulan tau!
Kalau berminat, jom WhatsApp "HI" ke 03 9543 3838 atau layari https://astro.com.my/fibre
#AstroFibre #WiFiKencang
Kalau berminat, jom WhatsApp "HI" ke 03 9543 3838 atau layari https://astro.com.my/fibre
#AstroFibre #WiFiKencang
Pecutan akhir kempen PRK Kemaman
Penganalisis Politik UTM, Dr Mazlan Ali memberi pandangan mengenai pecutan terakhir kempen Pilihan Raya Kemaman.
Lelaki mengaku bersalah abaikan empat anak
Seorang lelaki mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen Ipoh atas tuduhan mengabaikan empat anaknya.
Gaji minima perlu diteruskan seiring pelaksanaan dasar gaji progresif - Pakar
Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), Mohd Effendy Abdul Ghani menegaskan penguatkuasaan gaji minimum perlu diteruskan seiring pelaksanaan gaji progresif.
Pengganggur berdepan hukuman mati, didakwa edar lebih 10kg dadah
Seorang pengganggur Lee Chi Wan dihadapkan ke Mahkamah Majistret Ayer Keroh Melaka atas tuduhan mengedar dadah jenis Methamphetamine seberat lebih 10 kilogram 18 November lepas.
Tentera Israel musnahkan 60 peratus rumah di Gaza
Tentera rejim Zionis Israel dilaporkan memusnahkan lebih 60 peratus rumah dan unit kediaman di Semenanjung Gaza.
#IsraelCuak
#IsraelCuak
Israel mula bedil Gaza sebaik saja gencatan senjata tamat
Tentera Israel berkata ia akan meneruskan pertempuran menentang Hamas di Gaza selepas kumpulan pejuang itu melanggar perjanjian pemberhentian sementara perang dengan melancarkan dua roket.
#IsraelCuak
#IsraelCuak
PM individu pertama Malaysia miliki Digital ID
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mendaftarkan diri dengan Identiti Digital Nasional atau Digital ID, menjadikan beliau individu pertama di negara ini yang memiliki kemudahan tersebut.
[TERKINI] Kes SRC: Najib mohon lepas tanpa bebas
Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak memohon dilepas tanpa dibebaskan (DNAA) daripada tiga lagi pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan dana SRC International Sdn Bhd (SRC) berjumlah RM27 juta yang dihadapinya.

'DAP telah buat perubahan yang sangat besar' - Ahmad Maslan
DAP yang ditubuhkan sejak lebih 50 tahun lalu telah membuat perubahan yang sangat besar dalam ideologi parti berkenaan.