IPOH: Ahli Parlimen Teluk Intan Nga Kor Ming yang dilantik menganggotai Jemaah Menteri memegang portfolio Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan, bukan nama asing dalam arena politik negara.
Nga, 50, pernah menjadi Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak ketika usianya hanya mencecah 27 tahun selain memegang jawatan Timbalan Speaker Dewan Rakyat selepas Pakatan Harapan memenangi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
Menelusuri karier politiknya, anak kelahiran Kota Bharu, Kelantan itu bermula sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perak apabila dipilih mewakili Pantai Remis pada 1999 dan mempertahankan kerusi itu pada 2004. Pada tahun yang sama beliau dipilih sebagai Ketua Pemuda DAP Malaysia.
DIARI 100 HARI KABINET KERAJAAN PERPADUAN PM ANWAR IBRAHIM
[LAPOR LANGSUNG] Senarai penuh Kabinet Kerajaan Perpaduan PM Anwar
Dipilih menjadi Ahli Parlimen Taiping, ADUN Kawasan Pantai Remis dan dilantik menjadi Ahli Exco kerajaan Negeri Perak sebagai Pengerusi jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Pengangkutan awam pada 2008.
Nga yang memiliki Sarjana Muda Undang-undang Universiti Malaya (UM) LLB ( Hons) Mal dan pernah menjadi peguam, dipilih menjadi Ahli Parlimen Taiping dan ADUN Kepayang Ipoh pada 2013.
Naib Pengerusi DAP itu yang pernah mengetuai pasukan debat UM sehingga diangkat menjadi juara pertandingan debat antarabangsa peringkat dunia di Singapura pada 1997, kemudiannya dipilih menjadi Ahli Parlimen Teluk Intan dan ADUN Aulong, Taiping pada 2018.
Kejayaannya pada PRU15 sebagai ADUN Kepayang juga memahat pencapaian cemerlang beliau apabila menjadi wakil rakyat paling lama berkhidmat di peringkat DUN Perak iaitu selama enam penggal.
Dalam pesanan ringkas kepada Bernama sejurus pengumuman pelantikannya sebagai Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan, Nga berkata kebersamaan rakyat dan kerajaan penting sebagai sebuah pasukan yang kuat serta meletakkan kepentingan negara mengatasi segala-galanya.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim malam tadi mengumumkan pelantikan 28 anggota Jemaah Menteri bagi kerajaan perpaduan termasuk dua timbalan perdana menteri.
Selain Nga, lima lagi anggota Jemaah Menteri dari Perak ialah Perdana Menteri yang memegang jawatan sebagai Menteri Kewangan dari Parlimen Tambun dan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang juga Ahli Parlimen Bagan Datuk yang dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah.
Turut dilantik ialah Parlimen Batu Gajah V. Sivakumar sebagai Menteri Sumber Manusia, Parlimen Tanjung Malim Chan Lih Kang (Menteri Sains dan Teknologi) dan Menteri Luar Datuk Seri Zambry Abd Kadir.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Dec 03 2022

Nga yang memiliki Sarjana Muda Undang-undang Universiti Malaya (UM) LLB (Hons) Mal dan pernah menjadi peguam, dipilih menjadi Ahli Parlimen Taiping dan ADUN Kepayang Ipoh pada 2013. - Gambar fail

Terap pendekatan 'behavioural insights' untuk permudah jalankan perniagaan - Zafrul
MITI melihat potensi besar untuk melaksanakan pendekatan 'nudging' dan 'Behavioural Insights' (BI) dalam usaha memudahkan urusan menjalankan perniagaan di Malaysia.

Pas bantah pelancaran bar jemput 'Thai Hot Guy', guna nama Tun Razak
Penganjuran program sedemikian tidak sepatutnya dianjurkan di negara ini malah ia mencemarkan keberkatan bulan mulia.

AWANI Ringkas: Keanggotaan Majlis Madani babitkan NGO Islam dan Bukan Islam
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

AWANI Ringkas: Agong harap Malaysia-Singapura tingkat kerjasama
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

29 lokasi seluruh negara diperkenan untuk melihat anak bulan Ramadan
Pengisytiharan tarikh mula berpuasa oleh Penyimpan Mohon Besar Raja-Raja akan dibuat malam ini.

Kita suka menghukum tanpa mengenali orang lain - Muhammad Faisal
Menurut Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia, Muhammad Faisal Abdul Aziz perkara itu boleh diatasi dengan adanya program-program kunjungan dalam konteks agama dan kaum.

Lans Koperal didakwa terima rasuah RM3,500
Ia sebagai dorongan memulangkan semula barang-barang rampasan kes.

Wan Azizah harap Persatuan Pandu Puteri Malaysia terus berkembang
Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berharap Persatuan Pandu Puteri Malaysia akan terus berkembang.

Lagenda Knicks Willis Reed meninggal dunia pada usia 80 tahun
Sebelum ini Reed dilaporkan mengalami pelbagai masalah kesihatan berkaitan jantung tahun lepas.

KSM bersedia kendali, stuktur semula program berkaitan TVET
Kementerian Sumber Manusia bersedia memikul tanggungjawab untuk mengendali dan menstruktur semula program berkaitan TVET di negara ini.

Negeri tawar tanah percuma diberi keutamaan bina PPR
KPKT akan memberi keutamaan kepada negeri-negeri yang menawarkan tanah di lokasi strategik secara percuma atau mengenakan premium nominal untuk melaksanakan Projek Perumahan Rakyat (PPR).

KPKT belanja RM50 juta tukar lif usang, daif di PPR
Langkah tersebut diambil supaya PPR terlibat lebih berdaya huni dan demi keselesaan penduduknya.

Kerajaan cadang wujud ambulans udara menjelang akhir tahun ini
Perkhidmatan ambulans udara, antara lain, adalah bagi usaha menyelamat mangsa di kawasan pedalaman dan kes kemalangan jalan raya di lebuh raya.

Semua projek baharu di bawah KPKT wajib ada kajian kebolehlaksanaan
Kajian kebolehlakasanaan secara berkecuali penting supaya semua projek baharu yang bakal dilaksanakan menepati kriteria.

KPKT sasar 100 Pusat Kitar Semula Pandu Lalu
Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) menerusi Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) menyasarkan untuk mewujudkan 100 Pusat Kitar Semula Pandu Lalu (DTRC) di selu

KPKT bakal wujud kerjasama projek pemasangan lampu LED solar di Kuala Kangsar
Projek rintis yang menggunakan peruntukan KPKT dan dana waqaf MAIPk itu akan memberi manfaat kepada penduduk Kuala Kangsar.

Hadiri kursus kesedaran sivik sebelum ambil kunci rumah PPR - Nga
Kursus itu meliputi taklimat kepentingan membayar yuran penyelenggaraan, menjaga kebersihan dan mengelakkan vandalisme.

Belanjawan 2023, bomba antara paling gembira - Nga
JBPM menjadi antara agensi yang mendapat 'lonjakan' peruntukan melalui peruntukan sebanyak RM206.64 juta.

Belanjawan 2023 perkasa KPKT, kukuhkan agenda kesejahteraan rakyat
KPKT menerima peruntukan RM5.333 bilion berbanding RM5.146 bilion pada 2022, iaitu peningkatan sebanyak 3.63 peratus.

Garis Panduan Perancangan Tapak Perkhemahan dimuktamad April ini
Draf Garis Panduan Perancangan (GPP) Tapak Perkhemahan yang disediakan Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) dijangka dimuktamadkan akhir April ini.