awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Isu tadbir urus rumah ibadat perlu ditangani tanpa sentimen kaum, agama - Kementerian
Konvensyen PKR Selangor: ‘Yang tak mahu kerja, keluar’ - Anwar
Astro perkasa kebersamaan menerusi 'Assalamualaikum Terengganu' dengan tema 'Bila Bersama Lagi Jadi'
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dengar dulu suara akar umbi sebelum terima MUDA - Akmal

Siti Nur Aqilla Omar
Siti Nur Aqilla Omar
14/09/2022
05:01 MYT
Dengar dulu suara akar umbi sebelum terima MUDA - Akmal
Akmal mempersoalkan keputusan MUDA itu yang dibuat ketika tempoh pelaksanaan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) semakin hampir. - Gambar fail/BERNAMA
JOHOR BAHRU: Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) perlu mendengar suara akar umbi dan menilai kejujuran Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) sebelum membuat keputusan untuk menerima penyertaan parti itu ke dalam PH.
Pengarah Strategik Parti Keadilan Rakyat (PKR), Akmal Nasrullah Mohd Nasir turut mempersoalkan keputusan MUDA itu yang dibuat ketika tempoh pelaksanaan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) semakin hampir.
Sedangkan katanya pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor yang lalu, kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Larkin dikhianati MUDA dengan bertanding di kerusi sama.
“Saya harap peringkat kepimpinan dengarlah suara akar umbi yang mana kita perjuangkan tentang prinsip, soal keadilan. Walau nampak kritikal, itu suara kekuatan yang harus didengar pihak kepimpinan,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas meninjau jejantas usang di Lebuhraya Tebrau di Johor Bahru hari ini.
Jelas Akmal yang juga Ahli Parlimen Johor Bahru, sebelum keputusan dicapai, MUDA perlu melalui penilaian konsensus PH seperti yang dilalui beberapa parti sebelum ini.
Semalam, cabang Kuala Selangor PKR memaklumkan secara jelas mendesak pucuk pimpinan PKR menolak sebarang kerjasama dan penglibatan MUDA.
Topic Berkaitan
#Maklis Presiden PH
#Parti MUDA
#Akmal Nasrullah Mohd Nasir
#PRU15
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan