Skip to main content

Politik

Desakan keras UMNO: PM Anwar pilih 'jalan susah', utamakan kestabilan kerajaan

ANWAR IBRAHIM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui wujud pandangan politik yang agak tegas disuarakan sebahagian pimpinan mahupun perwakilan dalam Perhimpunan Agung UMNO (PAU), namun beliau enggan mengambil jalan mudah yang boleh menggugat prinsip keadilan serta kestabilan negara. - Gambar fail/BERNAMA
Advertisement

KOZHIKODE: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui wujud pandangan politik yang agak tegas disuarakan sebahagian pimpinan mahupun perwakilan dalam Perhimpunan Agung UMNO (PAU), namun beliau enggan mengambil jalan mudah yang boleh menggugat prinsip keadilan serta kestabilan negara.

Mengulas desakan segelintir pihak dalam perhimpunan itu yang menuntut tindakan agresif sehingga mencadangkan pembubaran Parlimen atau menyingkirkan pihak tertentu, Anwar menegaskan beliau tetap berpegang teguh kepada lunas perlembagaan.

"Walaupun saya tahu ada pertimbangan politik, ada pandangan yang agak tegas daripada pimpinan UMNO, saya ambil kira itu semua. Bagi saya dalam soal menjalankan tugas, kita harus tunduk pada prinsip negara hukum dan apa yang dipersetujui dalam perlembagaan.

"Jadi saya hanya bagi pandangan, saya tidak pernah bersikap yang prasangka ataupun kebencian. Saya tahu kalau jalan mudah apa dia, jalan susah apa dia. Tapi saya ambil jalan yang saya anggap betul ikut lunas perlembagaan dan undang-undang.

“...serta apa yang kita anggap penting dari segi semangat, pengelolaan dan hukum dalam negara kita. Bagaimanalah hendak diterangkan kepada yang lain, ada kes-kes yang melibatkan RM10,000, RM100,000 yang masih didakwa," tegas beliau.

Menepis kebimbangan bahawa gesaan lantang daripada parti komponen itu mampu meretakkan Kerajaan Perpaduan, Anwar mengibaratkan perbezaan pandangan itu seperti asam garam kehidupan sebuah rumah tangga yang masih terkawal.

"Saya memilih jalan yang agak susah sangat, yang penting kerajaan harus stabil kerana kalau tidak banyak kerugian kita di negara, bagi saya itu yang penting.

"Saya lihat banyak juga suara yang kita dengar termasuk dari UMNO. Tapi kalau nak pilih suara-suara yang keras hanya kerana tidak ampunkan seorang dan sebagainya, itu pandangan kita dengar semua.

“Tapi setahu saya, saya tidak lihat ada masalah, ada kecil-kecil biasa... macam rumah tangga pun ada masalah sedikit," tambah beliau bersahaja.

Perdana Menteri memuktamadkan lawatan kerja selama empat hari ke India (11 hingga 14 September 2026) yang merangkumi New Delhi dan Keralam bersama Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Datuk Seri Johari Abdul Ghani serta Menteri Sumber Manusia Datuk Seri R Ramanan.

Beliau dijadual meneruskan siri lawatan rasmi merentasi Lautan Hindi menuju ke Malé, Republik Maldives selama dua hari bermula petang ini.

Must Watch Video

Advertisement