TAIPING: Desakan demi desakan supaya enam Ahli Parlimen Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang menyokong Perdana Menteri supaya meletakkan jawatan dilihat sebagai mengganggu tugas mereka selaku wakil rakyat.
Ahli Parlimen Bukit Gantang, Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abu Fasal berkata, beberapa siri kenyataan sejak 16 Februari lalu terutama oleh Ketua Penerangan Bersatu, Datuk Razali Idris adalah tidak wajar dan memberi gambaran negatif kepada rakyat.
Beliau berpendapat, mengikut lunas undang-undang, kesemua Ahli Parlimen itu masih sah menjalankan tugas kerana tidak pernah dilucutkan jawatan.
"Saya tak kisah apa keputusan yang dibuat (oleh parti) cuma kenyataan-kenyataan Ketua Penerangan Bersatu seolah-olah sambung menyambung seolah-olah mengugut, menghalang dan menyusahkan ahli-ahli Parlimen kami untuk menjalankan tugas.
"Semua kenyataan dikeluarkan tidak berperlembagaan, tidak mengikut peraturan dan berbentuk hasutan yang menghalang kami Ahli Parlimen yang ada ‘locus standi’ diberikan oleh perlembagaan," katanya ketika ditemui melawat rumah penduduk ditimpa pokok di Kampung Sungai Lubok, Trong di sini pada Ahad.
Syed Abu Hussin berkata, parti sepatutnya bertindak mengikut proses dan peraturan yang ditetapkan, bukan membuat keputusan menerusi kenyataan-kenyataan akhbar.
Beliau turut bertegas tidak akan tunduk dengan sebarang desakan untuk meletakkan jawatan selagi tiada keputusan rasmi diterima mengenai perkara tersebut.
"Jika Parlimen sudah menyatakan bahawasanya saya hilang hak, saya patuh. Tapi sekarang saya masih lagi ada hak, masih lagi Ahli Parlimen, masih dapat elaun.
"Kenapa ada pihak yang hendak menghalang dan menghasut rakyat membantah kami sebagai Ahli Parlimen? Itu tidak berperlembagaan. Ini yang saya tidak puas hati," tegasnya.
Dalam pada itu, Syed Abu Hussin turut mempertimbangkan untuk mengambil tindakan undang-undang kerana mengganggu tugas Ahli Parlimen merupakan suatu kesalahan.
Menurutnya, sehingga kini tiada sebarang surat diterima daripada Bersatu mengenai statusnya sebagai wakil rakyat.
Pada 12 April lalu, Razali dalam satu kenyataan berkata, keahlian wakil rakyat Bersatu yang menyatakan sokongan terhadap pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim, tergugur dan perlu mengosongkan kerusi kawasan masing-masing.
Menurutnya, mereka yang terdiri daripada enam ahli Parlimen dan seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) tidak perlu menunggu surat pemecatan, sebaliknya keahlian tergugur selepas Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) meluluskan usul pindaan Perlembagaan parti berkenaan.
Selain Syed Abu Hussin, lima lagi Ahli Parlimen yang mengisytiharkan sokongan terhadap Anwar ialah Ahli Parlimen Tanjong Karang, Datuk Zulkafperi Hanapi; Zahari Kechik (Jeli); Mohd Azizi Abu Naim (Gua Musang); Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (Kuala Kangsar) dan Ahli Parlimen Labuan, Datuk Suhaili Abdul Rahman.
ADUN Selat Klang, Datuk Abdul Rashid Asari turut mengumumkan memberi sokongan kepada Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari pada Mac lalu.
Abd Razak Mohd Ali
Sun Apr 14 2024
Syed Abu Hussin melawat rumah penduduk yang ditimpa pokok di Kampung Sungai Lubok, Trong di Taiping pada Ahad. - Foto Astro AWANI
Raja Charles III kembali jalani tugas awam selepas rawatan kanser
Raja Britain, Raja Charles III kembali menjalankan tugas awam selepas kesan positif rawatan kansernya.
LHDN pergiat ‘buru’ syarikat, individu culas bayar cukai
Ujar beliau, LHDN sentiasa memantau data-data sedia ada untuk tindakan sewajarnya.
Program Jelajah Siswa antara pengisian Hawana 2024
Sambutan Hari Wartawan Nasional (Hawana) 2024 pada Mei ini buat julung kalinya akan menyaksikan penglibatan pelajar jurusan komunikasi menerusi Program Jelajah Siswa.
[KEMAS KINI] SPRM ambil keterangan, MB Perlis tegaskan tidak direman
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan mengambil keterangan Maenteri Besar Perlis kira-kira jam 10 pagi tadi.
Bekas isteri Safee Sali fail tuntutan balas nusyuz
Sebutan semula kes bagi menjawab tuntutan itu oleh plantif ditetapkan pada 11 Jun depan.
Polis selamat mangsa pemerdagangan orang dipaksa bekerja di kelab malam
Polis berjaya menyelamatkan empat wanita warga Filipina yang dipercayai menjadi mangsa pemerdagangan orang.
Pengasas maahad tahfiz didakwa di mahkamah kes liwat pelajar
Tertuduh didakwa meliwat tiga pelajar berusia antara 12 hingga 15 tahun manakala dua daripada mereka merupakan mangsa yang sama.
Pelajar UCLA dakwa universiti lepas tangan
Sebagai pelajar di antara puluhan kampus yang membantah serangan di Gaza, Isabelle Friedman yang memimpin akhbar bebas pelajar UCLA berbicara mengenai cabaran kehidupan harian pelajar dan memberikan liputan berita yang seimbang ketika protes terus meningkat.
Beg sandang dicuri dalam tandas, wanita sarat mengandung trauma kejar peragut
Suspek lelaki berusia 22 tahun yang mempunyai empat rekod lampau berkaitan jenayah dan dadah itu direman selama tiga hari bermula 30 April hingga 2 Mei 2024.
25 maut, 13 cedera bas terjunam dalam sungai Peru
Kemalangan bas di kawasan gunung Andes di utara Peru telah meragut 25 nyawa manakala 13 cedera pada Isnin.
Desakan letak jawatan ganggu tugas wakil rakyat - Syed Abu Hussin
Desakan agar enam Ahli Parlimen Bersatu yang menyokong Perdana Menteri supaya meletakkan jawatan dilihat sebagai mengganggu tugas wakil rakyat.
Dua Ahli Parlimen Bersatu bakal berdepan tindakan undang-undang
Bersatu sedang meneliti dan mengumpul bukti bagi membolehkan tindakan perundangan diambil terhadap Zahari Kechik dan Mohd Azizi Abu Naim.
'Katak-katak politik tetap melompat, guna istilah lain' - Dr Akmal
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim diminta menilai semula tindakan ahli-ahli Parlimen pembangkang yang mengisytiharkan sokongan kepada kerajaan.
Menteri Pendidikan baharu dari kalangan Ahli Parlimen Bersatu - PM
Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menjelaskan pemilihan bakal Menteri Pendidikan baharu yang akan dilantik adalah dari kalangan ahli Parlimen Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).