awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM pulangkan wang hasil rasuah, urusan belanja tanggungjawab MOF - Azam Baki
Ramadan: Jangan subahat dengan 'geng plastik hitam' - Timbalan Mufti Perak
Kajian pilihan raya DBKL bukan agenda DAP, disokong KJ, Nik Nazmi - Anthony
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Di hujung usia, Abdul Hadi harus beri peninggalan yang lebih baik - Mahfuz

Hasimi Muhamad
Hasimi Muhamad
16/09/2022
08:48 MYT
Di hujung usia, Abdul Hadi harus beri peninggalan yang lebih baik - Mahfuz
Mahfuz (gambar) berkata tindakan Abdul Hadi yang didakwa cuba menanam kebencian boleh mencetuskan permusuhan dalam kalangan rakyat. - Foto Astro AWANI
SEREMBAN: Parti Amanah Negara (Amanah) membidas kenyataan Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang yang mendakwa ramai pimpinan Pakatan Harapan (PH) sebagai 'tidak beriman dan bermoral'.
Naib Presidennya, Datuk Mahfuz Omar berkata tindakan Abdul Hadi yang didakwa cuba menanam kebencian boleh mencetuskan permusuhan dalam kalangan rakyat.
Jelas Ahli Parlimen Pokok Sena itu, amalan politik dalam negara seharusnya membawa kepada keharmonian, dan bukan membina masyarakat dengan pendekatan politik kebencian.
"Apa yang dinyatakan oleh pihak Pas itu, ia (boleh) memberi ketakutan kepada masyarakat dan rakyat kepada PH dengan menanam bibit-bibit kebencian, dan saya fikir ini tidak menguntungkan masa depan negara kita.
"Jadi saya nasihatkan kepada Presiden Pas (Abdul Hadi) supaya dia ingat di hujung-hujung usia ini, dia harus memberikan satu peninggalan yang lebih baik untuk generasi kita yang akan datang dan bukannya membawa politik kebencian yang boleh meruntuhkan negara kita.
"Kita mesti membina Malaysia sebagai rumah kita bukan membina Malaysia ini dengan kemusnahan dan perbalahan atas bibit-bibit perkauman dan keagamaan yang sempit," katanya selepas merasmikan Konvensyen Pemuda Amanah di sini hari ini.
Semalam media melaporkan Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang berkata parti Islam itu tidak akan membentuk kerjasama dengan PH termasuk menerusi pendekatan khemah besar dalam pilihan raya umum.
Dakwa beliau, ramai dalam kalangan PH yang tidak beriman dan bermoral, selain ia juga memperlihatkan parti gabungan pembangkang itu secara terbuka mengumpulkan 'kumpulan pemberi dan penerima rasuah'.
Sementara itu mengulas mengenai pembahagian kerusi dalam PH pula, Mahfuz berkata proses tersebut sedang dijalankan tetapi masyarakat harus bersedia untuk melakukan perubahan dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) akan datang.
Amanah juga, kata beliau menyerahkan kepada Majlis Presiden dalam membuat ketetapan untuk bekerjasama dengan mana-mana pihak.
"Rakyat harus menolak politik yang membawa ancaman kepada negara kita iaitu politik kebencian, permusuhan serta politik yang meletakkan dia beriman, orang lain tak beriman," ujarnya lagi.
Topic Berkaitan
#PH penuh pemimpin tidak bermoral
#Mahfuz Omar bidas Abdul Hadi
#Pas politik kebencian
#PRU15
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan