awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kadar zakat fitrah di Pulau Pinang RM10, RM15 dan RM25
Perselisihan faham dengan kelab, Ronaldo tidak beraksi untuk Al Nassr
Datuk Bandar KL diarah perkemas SOP DBKL, tutup ruang rasuah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dr Mahathir sedia pertimbang sertai semula UMNO jika...

Harits Asyraf Hasnan
Harits Asyraf Hasnan
12/06/2016
07:17 MYT
Dr Mahathir sedia pertimbang sertai semula UMNO jika...
DR MAHATHIR: Suruh dia buang Najib dulu, lepas itu baru saya akan timbang (bersama UMNO semula). -Gambar fail
Bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad akan mempertimbang menyertai semula UMNO jika presidennya Datuk Seri Najib Tun Razak keluar dari parti Melayu itu.
Katanya, penyingkiran Najib itu perlu dilakukan Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sebelum beliau mempertimbang untuk menyertai semula parti.
"Suruh dia buang Najib dulu, lepas itu baru saya akan timbang (bersama UMNO semula).
"Buang Najib, kembali kepada UMNO yang asal, jadi saya akan timbang," katanya kepada media selepas menyampaikan ucapan pada Forum Selamatkan Malaysia Bersama Deklarasi Rakyat, di sini, hari ini.
Semalam, Zahid berkata Majlis Tertinggi UMNO sedia untuk mempertimbangkan penyertaan semula Mahathir ke dalam UMNO.
Namun, beliau yakin bahawa Dr Mahathir tidak akan membuat permohonan tersebut dalam masa terdekat.
Topic Berkaitan
#ahmad zahid
#Mahathir Mohamad
#Najib Tun Razak
#pertimbang sertai semula UMNO
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan