awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
11 MoU dimeterai perkukuh kedudukan negara sebagai rakan strategik India
Enam maut dalam insiden bangunan runtuh di utara Lubnan
Aktivis Nobel Iran, Narges Mohammadi dijatuhi hukuman penjara tambahan tujuh tahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

DUN Melaka bergolak: Tiada pertemuan dengan TYT - Anwar

Shuhada Abdul Kadir
Shuhada Abdul Kadir
02/10/2021
06:21 MYT
DUN Melaka bergolak: Tiada pertemuan dengan TYT - Anwar
Anwar ditemui media sewaktu mengadakan lawatan di sekitar Telok Kemang, Port Dickson hari ini. - Foto Astro AWANI
PORT DICKSON: Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Datuk Seri Anwar Ibrahim menafikan akan mengadakan pertemuan dengan Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Mohd Ali Mohd Rustam bagi membincangkan kemelut politik yang sedang melanda negeri itu ketika ini.
Malah katanya, beliau juga tidak ada membuat sebarang permohonan untuk menghadap Mohd Ali selain tidak mengetahui secara lebih lanjut tentang gerakan menukar kerajaan negeri itu.
“Ada berita saya mohon menghadap, saya tidak. Belum ada permohonan untuk saya menemui TYT (Tuan Yang Terutama).
“(Soalan: Belum ada perbincangan PH Melaka?) Saya bincang dengan semua Majlis Pakatan Harapan, dengan semua negeri. Paling akhir Selangor, Perak, Pulau Pinang, Negeri Sembilan, Sabah dan Melaka. (Soalan: Ada gerakan tukar pentadbiran Melaka ? Itu tanya Melaka,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas mengadakan lawatan di sekitar Telok Kemang, Port Dickson hari ini.
Terdahulu, timbul dakwaan kerajaan negeri Melaka yang diterajui UMNO bakal tumbang pada bila-bila masa.
BACA: "Siapa nak jadi Ketua Menteri, silakan" - Sulaiman
BACA: Melaka bakal bertukar tangan?
Ini berikutan empat ADUN kerajaan dikatakan akan melompat ke Pakatan Harapan dan difahamkan, keempat-empat ADUN itu sudah menandatangani akuan bersumpah (SD).
Khabar angin itu turut bertiup kencang mendakwa Anwar juga memohon untuk menghadap Mohd Ali, namun permohonan itu ditolak.
[TERKINI] Situasi terkini politik di Melaka pada pukul 1 petang
Empat wakil rakyat yang disebut-sebut ialah bekas Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron (BN-Sungai Udang), Datuk Nor Azman Hassan (BN-Pantai Kundor), Datuk Norhizam Hassan Baktee (Bebas-Pengkalan Batu) dan Datuk Noor Effandi Ahmad (Bersatu-Telok Mas).
Untuk rekod, kerajaan negeri Melaka dipimpin Datuk Seri Sulaiman Md Ali daripada UMNO selepas Pakatan Nasional (PN) mengambil alih pentadbiran kerajaan negeri daripada PH yang tumbang Mac tahun lalu.
Kerajaan negeri mempunyai 17 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) manakala pembangkang pula 11 kerusi.
Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#kemelut Melaka
#TYT Melaka
#Mohd Ali Rustam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan