awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Gagau belut, ikan haruan hidupkan semula aktiviti tradisional masyarakat desa
Anggota tentera cedera dalam letupan bom di Yala
2,500 pertubuhan belia disasar mohon Geran SejaTi MADANI
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

DUN Sarawak secara teknikalnya terbubar, perlu adakan pilihan raya - Abdul Karim

Shafik Ahmad
Shafik Ahmad
03/11/2021
13:01 MYT
DUN Sarawak secara teknikalnya terbubar, perlu adakan pilihan raya - Abdul Karim
Abdul Karim berkata, secara teknikalnya Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak terbubar secara rasmi.
KUCHING: Pilihan Raya Negeri Ke-12 Sarawak boleh diadakan dalam 60 hari bermula hari ini susulan perkenan Yang di-Pertuan Agong menamatkan Proklamasi Darurat bagi Sarawak, kata Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah.
Jelas Naib Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) itu, secara teknikalnya Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak terbubar secara rasmi.
Menurutnya, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) perlu mengadakan mesyuarat untuk writ dan tarikh-tarikh penting PRN Sarawak.
"SPR juga perlu mengadakan pilihan raya negeri dalam 60 hari bermula hari ini termasuk menetapkan tarikh penamaan calon dan hari mengundi," katanya ketika dihubungi Astro AWANI pada Rabu.
Selain itu, Abdul Karim berkata, SPR juga perlu menentukan garis panduan dan prosedur operasi standard (SOP) pelaksanaan PRN itu kelak termasuk proses pengundian.
Hal ini katanya, penting kerana Sarawak masih dalam fasa pandemik COVID-19.
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah memberi perkenan supaya Proklamasi Darurat bagi negeri Sarawak ditamatkan.
Menurut Pemangku Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Istana Negara, Datuk Azuan Effendy Zairakithnaini, perkenan Seri paduka baginda terhadap penamatan Proklamasi Darurat bagi negeri Sarawak ini selaras dengan Perkara 40 dan 40 (1A) Perlembagaan Persekutuan.
Perlu diperjelaskan di sini bahawa Berdasarkan Seksyen 2 Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) (Sarawak) 2021, Proklamasi Darurat boleh ditamatkan lebih awal oleh Seri Paduka Baginda setelah berunding dengan Yang Dipertua Negeri Sarawak.
Untuk rekod, penggal Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak telah tamat pada 6 Jun lalu namun pembubaran DUN ditangguhkan susulan pengisytiharan Proklamasi Darurat sehingga 2 Februari 2022 di bawah Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) 2021 Sarawak oleh Yang di-Pertuan Agong.
Topic Berkaitan
#Proklamasi Darurat tamat
#PRN Sarawak diadakan
#DUN Sarawak terbubar
#PRN Sarawak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan