awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] MB Perlis umum letak jawatan secara sukarela
Perspektif, cadangan rakyat untuk perkasa bantuan SARA 2026
Tun Mahathir gesa kerajaan perhebat bantuan untuk mangsa banjir Aceh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

DUN Terengganu mula bersidang, kawalan keselamatan diperketat

Harits Asyraf Hasnan
Harits Asyraf Hasnan
08/08/2016
02:47 MYT
DUN Terengganu mula bersidang, kawalan keselamatan diperketat
Ahmad Razif (baju Melayu ungu) tiba pukul 9.20 pagi tadi dan disambut kira-kira 100 penyokongnya yang turut membawa kain rentang bertulis "Kami menyokong penuh kepimpinannya, '#respekmyMB' serta plakad 'Hidup MB". - Foto Astro AWANI
Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu Tahun 2016 mula bersidang tepat jam 9.30 pagi tadi.
Buat julung kalinya, pihak polis melakukan pemeriksaan badan kepada setiap individu yang memasuki DUN Terengganu di Wisma Darul Iman di sini hari ini.
Media difahamkan, kawalan keselamatan diperketat bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku.
Terdahulu, Menteri Besar Ahmad Razif Abdul Rahman tiba di Wisma Darul Aman pukul 9.20 pagi tadi dan disambut kira-kira 100 penyokongnya yang turut membawa kain rentang bertulis "Kami menyokong penuh kepimpinan Ahmad Razif," "#respekmyMB" serta plakad "Hidup MB".
Exco & Adun Terengganu mula tiba di DUN. Persidangan bermula 9.30pg. @501Awani pic.twitter.com/vgX5UD5hez
— Asyraf Hasnan AWANI (@AsyrafAWANI) August 8, 2016
Kemelut politik di Terengganu menjadi tumpuan apabila bekas Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kijal dan ADUN Ajil Ghazali Taib mengkritik kepimpinan Ahmad Razif.
9.25pg: MB Ahmad Razif tiba di DUN Terengganu @501Awani pic.twitter.com/kYawOXNJw9
— Asyraf Hasnan AWANI (@AsyrafAWANI) August 8, 2016
Penyokong MB Ahmad Razif bersorak menyokong kepimpinan beliau @501Awani pic.twitter.com/KRaJkS6eS9
— Asyraf Hasnan AWANI (@AsyrafAWANI) August 8, 2016
Ahmad Razif turut mengulangi keyakinannya bahawa tiada sesuatu yang diluar jangka akan berlaku di Terengganu pada hari ini.
Malah, beliau berkali-kali juga telah menjelaskan bahawa tiada pilihan raya negeri (PRN) akan berlaku.
Topic Berkaitan
#Ahmad Razif Abdul Rahman
#Ahmad Said
#Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu Tahun 2016 mula bersidang tepat jam 9.30 pagi
#Wisma Darul Aman
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan