awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kadar zakat fitrah Pahang RM8, RM14 dan RM21
Malaysia, Indonesia perkukuh kerjasama kewartawanan menerusi MMM-Dewan Pers - Teo
Polis rampas mercun, bunga api lebih RM3 juta di Kota Bharu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Empat borang pencalonan PRK DUN Chempaka dibeli - SPR

Bernama
Bernama
06/03/2015
00:02 MYT
Empat borang pencalonan PRK DUN Chempaka dibeli - SPR
SPR: Empat borang pencalonan PRK DUN Chempaka dibeli - Gambar fail
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Kelantan mengesahkan empat borang pencalonan telah dibeli beberapa individu menjelang hari penamaan calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Chempaka, pada 10 Mac ini.
Pengarahnya Mohamad Mahmud berkata jumlah itu dijangka meningkat dalam tempoh beberapa hari sebelum Selasa depan.
"Berdasarkan rekod PRK di Kelantan sebelum ini, jumlah borang yang dibeli individu yang ingin bertanding adalah sehingga 20 borang pencalonan," katanya pada Khamis.
Mohamad berkata PRK DUN Pengkalan Kubor September tahun lepas menyaksikan sejumlah 20 borang pencalonan dibeli dan ia menyaksikan pertandingan antara calon Barisan Nasional (BN), PAS dan seorang calon Bebas.
Sementara itu, Naib Yang Dipertua (YDP) Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Kelantan, Sharif Mahmood, 59, berkata beliau membeli satu borang bagi membolehkan beliau bertanding dalam PRK DUN Chempaka sebagai calon Bebas.
"Saya mengambil keputusan menawarkan diri untuk bertanding bagi menyuburkan sistem demokrasi di negara ini," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.
Sharif berkata keputusan untuk bertanding bagi memberi pilihan kepada rakyat di DUN Chempaka memilih calon terbaik.
"Saya melihat banyak lagi yang perlu dibangunkan di DUN Chempaka. Jika ada calon yang mesra dengan kerajaan pusat saya yakin usaha itu lebih lancar dan rakyat juga yang akan mendapat manfaatnya," katanya.
SPR menetapkan PRK DUN Chempaka pada 22 Mac manakala hari penamaan calon pada 10 Mac.
Kerusi itu kosong berikutan kematian penyandangnya yang juga bekas Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat akibat kanser prostat pada 12 Feb lepas.
Pada pilihan raya umum ke-13 lepas, Mursyidul Am PAS itu menang dengan majoriti 6,500 undi menewaskan calon BN, Wan Razman Wan Abd Razak.
Topic Berkaitan
#Chempaka
#DUN
#Kelantan
#Nik Aziz
#PRK
#SPR
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan