awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis buka kertas siasatan pemalsuan dokumen tujuh pemain warisan
Ringgit melonjak: Ahli ekonomi jangka mata wang tempatan mungkin kembali ke paras 3.82
Tiga ADUN Perlis tergugur jawatan diminta pulangkan segera aset kerajaan negeri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Exco Melaka cerminan Kerajaan Persekutuan - Penganalisis

Madiha Abdullah
Madiha Abdullah
05/04/2023
05:38 MYT
Exco Melaka cerminan Kerajaan Persekutuan - Penganalisis
Pembentukan Kerajaan Perpaduan di Melaka direalisasikan menerusi pelantikan 10 anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (exco). -Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Pengguguran dua exco daripada UMNO dan pelantikan exco yang terdiri daripada Pakatan Harapan mencerminkan kerajaan negeri Melaka cuba menterjemahkan apa yang sedang dilaksanakan di peringkat persekutuan.
Penganalisis Politik Prof Madya Dr Ahmad Marthada Mohamed berkata, ini untuk memastikan hubungan antara parti dalam kerajaan perpaduan lebih erat dan kekuatan kerajaan perpaduan di peringkat persekutuan dan negeri akan dimantapkan lagi selepas ini.
"Apabila adanya perubahan dari segi kepimpinan UMNO, sudah tentu pemimpin tertinggi mahukan kerajaan negeri yang dipimpin UMNO bergerak selari dengan kepimpinan UMNO yang ada di peringkat pusat.
"Bagi saya, sudah tentu mereka mahu ada kesinambungan hubungan baik antara pimpinan negeri dan persekutuan.
"Jika dilihat pada tujuan utama kerajaan di bawah Ketua Menteri, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh ini terbentuk adalah meningkatkan lagi prestasi negeri dan memastikan apa sahaja agenda yang dirancang akan dapat dilaksana sebaik mungkin," katanya ketika muncul dalam Buletin AWANI, pada Rabu.
Tambahnya, kesatuan dan perpaduan jelas antara kerajaan negeri dan persekutuan adalah amat penting bagi membolehkan apa sahaja isu dapat ditangani tanpa menjejaskan perancangan kemajuan negeri.
"Cabaran utama ialah solidariti antara exco, sebab itu beliau (Ab Rauf) pasti mahu memastikan yang mereka yang dilantik akan beri ketaatan tidak berbelah bahagi dalam membawa agenda dan hala tuju kerajaan negeri.
"Apa saja halangan akan mudah ditangani kerana kerajaan perpaduan yang terbentuk di peringkat negeri akan memudahkan hubungan antara kerajaan negeri dan persekutuan," ujarnya lagi.
Tujuh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dilantik semula menyertai barisan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Melaka yang baharu dalam membentuk Kerajaan Perpaduan di negeri itu.
Pembentukan itu terdiri daripada sembilan ADUN Barisan Nasional (BN) dengan dua muka baharu serta seorang ADUN Pakatan Harapan (PH).
Wakil tunggal daripada blok PH ialah ADUN Kesidang, Seah Shoo Shin yang dilantik sebagai Exco Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Hal Ehwal Pengguna.
Analisis pentadbiran baharu negeri Melaka
Topic Berkaitan
#Melaka
#Exco
#Kerajaan Perpaduan
#Ab Rauf Yusoh
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan