KUCHING: Menteri Kanan Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof dijangka akan mempertahankan kerusinya di Petra Jaya pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) kelak.
Perkara itu dinyatakan Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg ketika berucap pada Majlis Ramah Tamah Aidilfitri Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Satok di sebuah hotel di Kuching pada Isnin malam.
Tanpa berselindung, beliau menyatakan keyakinan terhadap Ahli Parlimen Petra Jaya untuk mengekalkan kemenangan di kerusi tradisi PBB itu.
Pengerusi Gabungan Parti Sarawak (GPS) itu berkata pihaknya berjaya memenangi 76 daripada 82 kerusi pada Pilihan Raya Negeri Sarawak Ke-12 lalu.
“Kita akan meletakkan calon di semua 31 kerusi parlimen, Fadillah sudah sah (akan bertanding).
“Kita mahu memastikan bahawa GPS akan menjadikan Sarawak sebagai negeri yang mempunyai kestabilan politik,” katanya.
Untuk rekod, Fadillah yang juga Ketua Whip GPS telah mewakili Petra Jaya selama empat penggal sejak memenangi kerusi itu kali pertama pada PRU11 tahun 2004.
Pada 2008, Fadillah menang dalam PRU12 dan dilantik sebagai Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi semasa kerajaan pimpinan Tun Abdullah Badawi.
Kemudian beliau menggalas portfolio menteri penuh, Menteri Kerja Raya pada 2013 selepas memenangi kerusi sama pada PRU13.
Bagaimanapun Barisan Nasional (BN) kalah pada PRU14, walaupun Fadillah berjaya mengekalkan rekod cemerlang Petra Jaya.
Beliau kemudian dilantik sebagai Ketua Whip GPS di Dewan Rakyat selepas empat komponen, PBB, SUPP, PRS dan PDP bersetuju keluar dari BN.
Shafik Ahmad
Mon May 16 2022

Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg memaklumkan bahawa Datuk Seri Fadillah Yusuf dijangka akan mempertahankan kerusinya di Petra Jaya pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) kelak. - Gambar Astro AWANI

AWANI Ringkas: Calon tertua PRU-14 meninggal dunia

Minyak Masak | Tidak sepatutnya timbul isu bekalan kurang - Zuraida
Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Zuraida Kamaruddin menegaskan, tidak sepatutnya timbul isu kekurangan bekalan minyak masak subsidi ketika ini memandangkan kerajaan sudah menyalurkan jumlah bekalan yang mencukupi.

Kelantan perlu pelbagaikan sumber pendapatan selain balak - Ku Li
Beliau bersimpati dengan nasib penduduk Orang Asli di kawasannya yang terjejas dengan masalah pembalakan sejak berpuluh tahun lama.

Pencemaran Laut | Komuniti nelayan diminta salurkan maklumat
Tuan Ibrahim meminta komuniti nelayan merakam video atau gambar dan menyalurkannya kepada pihak berkuasa sekiranya mengesan kegiatan pencemaran di laut. Ini bagi membolehkan tindakan undang-undang diambil terhadap pihak terlibat.

Kenaikan Harga | B40 & M40 akui tertekan
Kenaikan harga barangan memberi tekanan terhadap pelbagai lapisan masyarakat termasuk golongan B40 dan M40. Situasi itu lebih dirasai bagi mereka dengan tanggungan atau bilangan ahli keluarga yang ramai.

Pencemaran | 4,111 aduan pencemaran direkod dari Jan-Jun 2022
Sebanyak 4,111 aduan melibatkan pencemaran direkodkan dalam tempoh enam bulan bermula Januari hingga 30 Jun lalu. Menurut Menteri Alam Sekitar Dan Air, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man daripada jumlah itu lebih 80 peratus aduan diterima membabitkan pencemaran udara atau pembakaran terbuka.

Cacar monyet: Pesakit ada gejala berbeza daripada wabak sebelum ini - Kajian
Pesakit memberitahu kurang demam dan keletihan dan lebih banyak luka kulit di kawasan alat sulit mereka.

AWANI Ringkas: PH belum muktamad pembahagian kerusi PRU-15
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

COVID-19: Vaksin khusus Omicron mampu tingkat perlindungan - EMA
Keberkesanan vaksin telah terjejas apabila virus itu telah bermutasi.

Kem Badminton Astro: Ketua jurulatih masih tercari-cari bakat luar biasa
Chew Choon Eng mengharapkan lebih ramai pemain berpotensi di kem pemilihan Kuala Lumpur pada 16 dan 17 Julai ini.

Isu PRU: Asyraf Wajdi hanya fikir periuk nasi sendiri
Ahli Parlimen Lembah Pantai gesa Ketua Pemuda UMNO sensitif isu semasa negara.

Zahid tidak pernah minta saya tandatangan SD - Annuar
Beliau berpendapat, pucuk pimpinan parti perlu mencari jalan bagi mengharmonikan keadaan susulan pendedahan yang dibuat.

Pilihan raya umum Kemboja dijadual berlangsung 23 Julai 2023
Perdana Menteri Kemboja Samdech Techo Hun Sen pada Rabu menandatangani keputusan menetapkan 23 Julai 2023 sebagai tarikh pilihan raya umum ketujuh.

Selesaikan dahulu isu 'perut rakyat', baru fikir pilihan raya - Shamsul Amri
Sekarang bukanlah masa sesuai untuk pilihan raya apatah lagi dalam keadaan rakyat berdepan pelbagai masalah termasuk isu harga barang.

Warisan sedia jalin kerjasama dengan gabungan politik yang menang PRU15
Ahli Parlimen Semporna itu berkata ini kerana pihak yang menang pada PRU15 merupakan parti pilihan rakyat.

PRU15: BN Perak belum putuskan letak calon di kerusi ditinggalkan Gerakan
Barisan Nasional (BN) Perak belum membuat sebarang ketetapan berhubung pembahagian kerusi terutamanya di kawasan yang ditinggalkan Parti Gerakan pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) yang lalu.

PRU15: Perlu sedikit masa lagi, fokus pembangunan ekonomi dan negara - Azmin
Desakan untuk mengadakan pilihan raya itu hanya datang dari beberapa 'kerat' pimpinan UMNO yang mempunyai kepentingan peribadi, tegas Azmin.

Tiada mana-mana Perdana Menteri bincang tarikh pilihan raya secara terbuka - Ismail Sabri
Jika hanya membincangkan soal pilihan raya beri gambaran seolah-olah kerajaan hanya fokus politik semata-mata.

BN berpeluang rampas kembali Parlimen Sepang - Ahmad Zahid
Barisan Nasional (BN) berpeluang merampas kembali kerusi Parlimen Sepang dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Bersatu tiada agenda tersembunyi - Muhyiddin
Bersatu tiada agenda tersendiri yang hanya menguntungkan parti itu dalam soal kerjasama dengan parti lain sehingga meminggirkan komponen dalam Perikatan Nasional (PN).