KUCHING: Ahli Parlimen Petra Jaya, Datuk Seri Fadillah Yusof, 60, melakar sejarah dalam politik Malaysia apabila menjadi rakyat pertama dari wilayah Borneo negara dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri.
Dilahirkan di sebuah perkampungan Melayu di Sibu di bahagian tengah Sarawak, beliau adalah anak Allahyarham Yusof Merais, yang berjuang bersama-sama Rosli Dhoby, menentang penyerahan Sarawak kepada Kolonial British pada 1946.
Perjuangan bapa beliau ketika itu mungkin mengambil kira antara 'hidup dan mati' untuk negara, namun dengan darah perjuangan yang terus mengalir, perjuangan Fadillah untuk negara sudah pasti kini bukan hanya itu semata-mata.
Perjuangan yang seterusnya adalah untuk memastikan kejayaan Sarawak di atas landasan penubuhan Malaysia pada 1963 supaya menjadi sebahagian daripada negara yang maju menerusi pemikiran kepimpinan baharu.
Berbekalkan kelayakan sebagai pemegang Sarjana Muda Undang-Undang dari Universiti Malaya yang diperoleh pada 1986, beliau mengorak langkah memasuki arena politik sebagai jalan untuk meneruskan perjuangan untuk kemajuan Malaysia dan Sarawak.
Bermula sebagai ahli Sayap Pemuda dalam Parti Pesaka Bumiputera Bersatu Sarawak (PBB), Fadillah mempamerkan kecemerlangan kepimpinannya apabila terpilih menjadi calon Barisan Nasional (BN) dari parti itu untuk bertanding mempertahankan kerusi Parlimen Petra Jaya pada Pilihan Raya Umum ke-10 (PRU10) 2004.
Pada pilihan raya itu, beliau memperoleh kemenangan dengan majoriti lima angka, 12,816 undi yang bagai menjadi tanda aras untuk kejayaannya dalam pilihan raya-pilihan raya seterusnya.
DIARI 100 HARI KABINET KERAJAAN PERPADUAN PM ANWAR IBRAHIM
Pada PRU11, majoritinya meningkat kepada 14,397 undi dan majoriti besar itu berterusan sehingga PRU15 yang dianggap sebagai pilihan raya paling mencabar apabila beliau memperoleh majoriti 41,363 undi.
Peningkatan populariti Fadillah di Parlimen Petra Jaya tidak terlepas daripada pandangan kepimpinan Persekutuan yang membawa kepada pelantikannya sebagai Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi pada 2008.
Susulan kejayaan mengekalkan kedudukannya sebagai penyandang kerusi Parlimen pada PRU13 untuk kali ketiga berturut-turut, beliau dilantik sebagai Menteri Kerja Raya pada 2013.
Pelantikan itu membawa cabaran baharu kepada Fadillah apabila setahun selepas itu landskap politik di Sarawak berubah dengan pelantikan Allahyarham Tan Sri Adenan Satem sebagai Ketua Menteri negeri itu dan mahukan perubahan yang cepat dari segi infrastruktur.
Membawa kemahuan rakyat Sarawak dan Sabah yang mendambakan sistem infrastruktur sehebat dinikmati rakyat di Semenanjung, Adenan memohon satu projek lebuh raya yang kemudiannya dikenali sebagai Lebuh Raya Pan Borneo.
Menerusi persetujuan kerajaan Persekutuan, projek itu dimulakan pada 2015 dan meskipun menghadapi ketidaktentuan politik yang berlaku antara tahun 2018 dan awal 2020, projek berkenaan mampu diteruskan.
Walaupun 'tersisih' hampir dua tahun daripada menjadi sebahagian Kabinet Persekutuan, Fadillah yang diamanahkan sebagai Menteri Kanan Kerja Raya sebelum ini, terus menerajui usaha menyiapkan projek tersebut yang sudah semakin hampir mencapai matlamatnya.
Bagi bahagian Sarawak untuk projek Lebuh Raya Pan Borneo itu, hampir 90 peratus sudah disiapkan dan dijangka keseluruhannya dapat dinikmati rakyat menjelang tahun depan.
Kejayaan itu sudah pasti dapat menjadi asas kukuh untuk Fadillah yang terus menaiki hierarki kepimpinan dalam PBB dan kini menjadi Naib Presiden Kanan parti yang menjadi tunjang Gabungan Parti Sarawak (GPS) dalam meneruskan usaha untuk memperjuangkan kebajikan rakyat.
Dengan amanah baharu lebih mencabar daripada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang turut menamakannya sebagai Menteri Perladangan dan Komoditi, Fadillah sudah pastinya mampu mendukung tanggungjawab itu sebagaimana kecemerlangan ditunjukkannya selama ini.
Kepercayaan Perdana Menteri ke-10 itu dengan kebolehannya turut mengesahkan lagi keyakinan yang diberikan oleh tiga lagi Perdana Menteri sebelum ini terhadap Fadillah dalam meneruskan usaha membawa Malaysia ke arah kejayaan lebih hebat.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Dec 03 2022

Yang di-Pertuan Agong berkenan mengurniakan Surat Cara Pelantikan sebagai Timbalan Perdana Menteri kepada Naib Presiden Kanan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Datuk Seri Fadillah Yusof hari ini. - Foto BERNAMA

COVID-19 | Jepun tarik semula penggunaan pelitup muka
Jepun akan menarik semula arahan pemakaian pelitup muka di kawasan tertutup dan akan menurunkan taraf klasifikasi COVID-19.

Bila PRN? | Pas akan hubungi pimpinan 3 negeri ditadbir Pakatan Harapan
PAS akan menghubungi pimpinan tiga negeri yang diterajui Pakatan Harapan (PH) dalam waktu terdekat untuk mengadakan pertemuan bagi membincangkan tarikh Pilihan Raya Negeri, PRN.

Reaksi Ku Li | Pemecatan ahli kerana langgar disiplin adalah perkara biasa
Veteran UMNO, Tengku Razaleigh Hamzah menyifatkan pemecatan ahli atas kesalahan melanggar disiplin parti adalah perkara biasa.

Penjenayah bertopeng diburu kes samun di Banting
Empat suspek terbabit memasuki rumah mangsa dengan cara memanjat pagar sebelum merompak mangsa.

Lee Zii Jia perlukan jurulatih - Roslin Hashim
Penurunan prestasi menyaksikan Zii Jia turut berdepan penurunan ranking dunia dari tangga kedua ke tangga keempat.
![AWANI Pagi: Fokus Berita & Menarik di astroawani.com [29 Januari 2022] AWANI Pagi: Fokus Berita & Menarik di astroawani.com [29 Januari 2022]](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/2007039/11199715291674957360883_640x360.jpg)
AWANI Pagi: Fokus Berita & Menarik di astroawani.com [29 Januari 2022]
AWANI Pagi membawakan kemaskini terkini mengenai berita dalam dan luar negara yang dilaporkan di www.astroawani.com bersama Geegee Ahmad dan Nursyazwani Saiful Sham.

Mustafa Centre dari Singapura bakal buka gedung pertama di Johor Bahru
Mustafa akan membeli 591 unit runcit yang tidak terjual di Capital City Mall daripada syarikat tersebut yang merupakan gabungan kawasan boleh sewa bersih seluas 641,216 kaki persegi.

Wushu hanya sasar satu pingat emas di Sukan SEA Kemboja
Sasaran rendah ditetapkan kerana WFA memperkenalkan format baharu pertandingan yang lebih mencabar.

3 terkorban dalam gempa bumi kuat di Iran
Media turut melaporkan salji tebal di beberapa kawasan terjejas, dengan suhu sejuk serta gangguan bekalan elektrik memburukkan lagi keadaan.

Mangsa banjir Johor menurun kepada 2,511
Jumlah mangsa banjir berkenaan melibatkan 697 keluarga dari tujuh daerah iaitu di Mersing, Kluang, Kota Tinggi, Batu Pahat, Segamat, Tangkak dan Muar.

Kabinet Perpaduan: Ahmad Maslan, Steven Sim mulakan hari pertama di Kementerian Kewangan
Ahmad dan Chee Keong ialah antara 27 Timbalan Menteri yang diumumkan oleh Perdana Menteri pada 9 Disember lepas.

#SuaraMalaysia: 71 peratus rakyat fokus tadbir urus kerajaan
Didapati 71 peratus memfokuskan terhadap tadbir urus, 25 peratus pula memilih cara kerja, manakala baki empat peratus memilih komunikasi.

Kabinet Perpaduan: Senarai Timbalan Menteri diumum malam ini - PM Anwar
Ahli Parlimen Tambun itu berkata, beliau terlebih dahulu akan menghadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Riayatuddin Mustafa Billah Shah di Istana Negara dahulu untuk mendapat perkenan.

Kabinet Anwar hadiri mesyuarat tanpa pakai tali leher
Mesyuarat Kabinet Kerajaan Perpaduan yang berlangsung pagi ini tampil berbeza apabila jemaah menteri tidak mengenakan tali leher.

Surat terbuka kepada Perdana Menteri: Seni dan budaya, di mana kau?
Jangan kita lupa perlunya kita membina citra bangsa demi kesepaduan dan pemahaman pelbagai budaya yang kaya di negara ini.

Disindir ambil gaji Menteri Kewangan, Anwar jelas fakta sebenar
Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa beliau tidak mengambil gaji sebagai Perdana Menteri dan juga Menteri Kewangan.

Pelaksanaan Kertas Putih Pertahanan jadi fokus utama Tok Mat
Pelaksanaan Kertas Putih Pertahanan akan diteruskan di bawah kepimpinan Kementerian Pertahanan yang baharu, kata Menterinya Datuk Seri Mohamad Hasan.

Pengalaman Anwar sebagai Menteri Kewangan diperlukan untuk stabilkan ekonomi - Nik Nazmi
Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Nik Nazmi Nik Ahmad, mempertahankan keputusan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang turut menggalas portfolio sebagai Menteri Kewangan.

Kabinet Perpaduan: Reezal Merican ucap tahniah kepada Nga Kor Ming
Bekas Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican mengucapkan tahniah kepada Nga Kor Ming yang dilantik Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan yang baharu.

Anwar disaran lantik Menteri Kewangan baharu - IDEAS
Pelantikan Perdana Menteri sebagai Menteri Kewangan dilihat kurang wajar malah tidak selaras dengan prinsip tadbir urus baik seperti yang dilaungkan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim.