SHAH ALAM: Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) menafikan kenyataan yang tular berhubung isu melibatkan perbincangan calon Perdana Menteri pada Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16).
Timbalan Presidennya, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, kenyataan yang terkait mengenai kekesalannya terhadap penjelasan Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man mengenai isu tersebut adalah tidak benar.
“Kenyataan media yang sedang giat disebarkan oleh pihak tidak bertanggungjawab ini adalah tidak benar sama sekali,” katanya menerusi hantaran di Facebook pada Sabtu.
Sebelum ini, Tuan Ibrahim berkata, isu mengenai perbincangan tersebut masih belum dibangkitkan dan tiada sebarang keputusan dibuat setakat ini.
Kenyataan itu dibuat bagi menjawab isu yang dibangkitkan Ketua Penerangan Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang menegaskan tidak pernah membincangkan berkenaan isu tersebut selain mengekalkan Pengerusinya, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai calon pada PRU16 akan datang.
Susulan itu, tular mengenai kenyataan Ahmad Faizal yang mendakwa bahawa tiada sebarang perbincangan dibuat untuk menamakan mana-mana individu lain, maka calon Perdana Menteri dari PN dikekalkan selain kesal dengan penjelasan dibuat Tuan Ibrahim.
*Artikel disiarkan di Sinar Harian
Sinar Harian
Sat May 11 2024
Ahmad Faizal berkata kenyataan media yang sedang giat disebarkan oleh pihak tidak bertanggungjawab ini adalah tidak benar sama sekali. - Gambar fail/FB Faizal Azumu
Olimpik Paris 2024: Atlet Gaza tersepit antara impian dan serangan Israel
Serangan Israel juga telah menyebabkan kematian pemain terkemuka di Gaza, termasuk juara kejohanan.
AWANI Pagi: Tutup Haji 2024, menanti lambaian 2025
Ikuti diskusi Awani PAGI pada Sabtu bersama Ketua Rombongan Haji 1445h/2024M, Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman bagi membincangkan mengenai operasi haji 2024 yang ditutup secara rasmi minggu ini, sekali gus menantikan lambaian Kaabah untuk tetamu Allah pada tahun 2025.
Bordeaux fail muflis
Ditubuhkan pada 1881, FC Girondins de Bordeaux ialah salah satu kelab bola sepak paling terkenal di Perancis.
Medan selera Taman Lembah Keramat terbakar
Kebakaran melibatkan bangunan kelas A yang dianggarkan musnah 80 peratus.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [27 Julai 2024]
Antara fokus Awani Pagi bersama Nursyazwani Saiful Sham & Azib Zikry
- Mahkamah: kes bunuh Nur Farah Kartini dan Zayn Rayyan
- Lapan kawasan rekod cuaca panas berjaga-jaga
- Sukan Olimpik Paris 2024 secara rasmi membuka tirai
- Mahkamah: kes bunuh Nur Farah Kartini dan Zayn Rayyan
- Lapan kawasan rekod cuaca panas berjaga-jaga
- Sukan Olimpik Paris 2024 secara rasmi membuka tirai
Pemimpin Hamas meninggal dunia dalam tahanan Israel
Mustafa Muhammad Abu Ara meninggal dunia selepas dipindahkan dari penjara di selatan Israel ke hospital.
Lelaki buta mata selepas tampar lalat hinggap di muka
Wu dari Shenzen dilaporkan buta mata kiri selepas terkena jangkitan kuman dipercayai dibawa lalat itu.
[KOLUMNIS] PRK Nenggiri: Petunjuk persepsi atau prestasi?
Kali ini pada bulan Ogos 2024, ia adalah giliran Kelantan iaitu negeri yang masyhur dengan sejarah pemerintahan Paduka Seri Maharaja Puteri Cik Siti Wan Kembang.
Olimpik Paris 2024: Judoka Iraq atlet pertama gagal ujian doping
Judoka Iraq Sajjad Sehen menjadi atlet pertama yang gagal dalam ujian doping di Sukan Olimpik Paris.
Perubahan iklim punca banjir buruk di Filipina
Sekurang-kurangnya 14 orang terkorban, sementara lebih 600,000 yang lain hilang tempat tinggal akibat Taufan Gaemi.
Jana Wibawa: 'Pertuduhan terhadap saya untuk alih tumpuan kegagalan Kerajaan' - Wan Saiful
Ketua Penerangan Bersatu, Datuk Wan Saiful Wan Jan mendakwa pertuduhan melibatkan projek Jana Wibawa ke atasnya dilakukan bagi mengalih tumpuan susulan kegagalan Kerajaan menangani masalah rakyat.
Bersatu junjung kasih perkenan Agong, terus sokong PM, TPM
Bersatu memohon semua pihak terus menyokong dan memberi kerjasama penuh terhadap pelaksanaan Pelan Pemulihan Negara (PPN).
Penyertaan PPBM dalam Pakatan Harapan diputuskan 13 Dis
Penyertaan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dalam Pakatan Harapan (PH) dijangka diputuskan pada 13 Dis depan.
Pakatan Harapan bincang kedudukan PPBM bagi menghadapi PRU-14 - Salahuddin
Agenda utama kini adalah mendapatkan kelulusan bagi penerimaan PPBM sebelum berusaha mendaftarkan lambang yang bakal digunakan PH.