awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Tiga ADUN Pas Perlis terhenti keahlian serta-merta - Abdul Hadi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Gambar Hishammuddin peluk Noh curi perhatian

Sinar Harian
Sinar Harian
06/06/2023
12:15 MYT
Gambar Hishammuddin peluk Noh curi perhatian
Gambar Hishammuddin (kanan) memeluk Noh curi perhatian netizen. - Sinar Harian
SHAH ALAM: Perkongsian gambar oleh bekas Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein bersama sahabat baiknya, Tan Sri Noh Omar mencuri perhatian netizen.
Ahli Parlimen Sembrong itu yang kini menjalani penggantungan daripada parti selama enam tahun mengambil peluang untuk melawat Noh di Tanjong Karang, yang dikatakan bakal menyertai Perikatan Nasional (PN).
“Dari Sembrong ke Tanjong Karang, sahabat lama tetap dikenang. With my bro, Noh Omar,” kongsinya di Facebook.


 Hishammuddin mengunjungi sahabat baiknya, Noh di Tanjong Karang. - Sinar Harian
Hishammuddin mengunjungi sahabat baiknya, Noh di Tanjong Karang. - Sinar Harian
Hishammuddin masih lagi aktif menjalankan tanggungjawabnya sebagai wakil rakyat walaupun digantung daripada parti.
Pada Isnin, beliau menegur tindakan beberapa pimpinan parti yang membuat pelawaan secara menyindir dan berseloroh kepada bekas ahli untuk menghadiri Perhimpunan Agung UMNO (PAU).
Jelasnya, tindakan itu menggambarkan mentaliti dan pemikiran kepimpinan UMNO sekarang dan ia tidak membantu langsung usaha memulihkan kedudukan parti dalam memenangi hati ahli-ahli di akar umbi.
Sementara Noh yang juga bekas Pengerusi UMNO Selangor dipecat parti pada 27 Januari lalu.
Beliau sebelum ini menyatakan mahu memastikan Parlimen Tanjong Karang sebagai kubu kuat PN, sekali gus membantu kemenangan gabungan itu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Selangor. -- Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Hishammuddin Hussein
#Noh Omar
#Perhimpunan Agung UMNO
#PAU 2023
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan