awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis buka kertas siasatan pemalsuan dokumen tujuh pemain warisan
Ringgit melonjak: Ahli ekonomi jangka mata wang tempatan mungkin kembali ke paras 3.82
Tiga ADUN Perlis tergugur jawatan diminta pulangkan segera aset kerajaan negeri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Geng Perpaduan' komitmen perkukuh perpaduan rakyat - Fadillah

Bernama
Bernama
14/05/2023
07:00 MYT
'Geng Perpaduan' komitmen perkukuh perpaduan rakyat - Fadillah
Fadillah berkata, inisiatif itu juga adalah usaha meneguhkan lagi perpaduan dalam kalangan parti dalam kerajaan. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Inisiatif 'Geng Perpaduan' atau 'GP' bukti komitmen semua parti yang mendukung Kerajaan Perpaduan ke arah memperkukuhkan perpaduan demi membina negara bangsa, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.
Beliau berkata inisiatif itu juga adalah usaha meneguhkan lagi perpaduan bukan sahaja dalam kalangan parti dalam kerajaan, tetapi untuk menarik minat golongan muda bersama Pemuda Perpaduan bagi menggerakkan agenda perpaduan di seluruh negara.
"Asas kekuatan sebuah negara adalah perpaduan daripada pelbagai lapisan masyarakatnya dalam aspek politik, ekonomi dan sosial.
"Jika kita bersatu, Insya-Allah semua perkara lain yang kita rencanakan untuk bangunkan negara bangsa yang lebih kukuh, harmoni dan makmur dapat dilakukan," katanya kepada pemberita selepas Konvensyen Pemuda Perpaduan, di Dewan Tun Dr Ismail Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur, di sini hari ini.
Terdahulu, Fadillah menghadiri konvensyen itu dan melancarkan GP serta Tekad Pemuda Perpaduan pada majlis berkenaan sempena Konvensyen Nasional Kerajaan Perpaduan 2023.
Sementara itu, Fadillah berkata konvensyen hari ini menjadi wadah kepada sayap pemuda dan belia setiap parti di bawah payung Kerajaan Perpaduan untuk mencari titik persamaan dalam kepelbagaian.
Katanya dengan mencari persamaan dan nilai kebersamaan pelbagai parti dalam Kerajaan Perpaduan, segala usaha untuk membantu rakyat dapat digarap dengan lebih baik.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Fadillah Yusof
#Geng Perpaduan
#Konvensyen Nasional
#Kerajaan Perpaduan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan