awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kes kartel tipuan bida: Enam perusahaan berdepan penalti kewangan - MyCC
Ayam Belanda halal dari Rusia selamat, berkualiti - Mohamad
Banci: Guna tenaga sektor pertanian cecah 1.7 juta, jana pendapatan RM186.4 bilion
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Gerakan sulit UMNO mahu BN bersama PN, GPS? Saya tak ada maklumat itu' - Saarani

Amirrul Rabbani
Amirrul Rabbani
17/09/2022
10:05 MYT
'Gerakan sulit UMNO mahu BN bersama PN, GPS? Saya tak ada maklumat itu' - Saarani
Saarani yang juga Pengerusi UMNO Perak berkata beliau sebaliknya tidak mempunyai maklumat lanjut berhubung dakwaan itu. - Gambar fail/BERNAMA
IPOH: Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Saarani Mohamad enggan mengulas berhubung dakwaan terdapat gerakan sulit dalam parti itu bersama Pas yang mahu menjalinkan kerjasama antara Barisan Nasional (BN), Perikatan Nasional (PN), dan Gabungan Parti Sarawak (GPS).
Saarani yang juga Pengerusi UMNO Perak berkata beliau sebaliknya tidak mempunyai maklumat lanjut berhubung dakwaan itu.
“Saya tak ada maklumat itu,” jawabnya ringkas salam sidang media Majlis Perasmian Karnival Anak Muda (KAMU) @ Karnival Lokein-O-Rama dan Majlis Pelancaran Aplikasi Talent Perak di Stadium Indera Mulia di sini pada Sabtu.
Pada Jumaat Astro AWANI melaporkan Timbalan Pengerusi BN Johor, Datuk Nur Jazlan Mohamed mendakwa terdapat segelintir pihak dalam UMNO yang mahu membuat gerakan sulit bersama Pas bagi membuat gabungan antara BN, PN, dan GPS.
BACA: Ada 'malaun' UMNO hendak berpakat dengan Pas - Nur Jazlan
Nur Jazlan dilaporkan mendakwa kumpulan itu cuba melemahkan UMNO dari dalam, dengan harapan dapat mempengaruhi barisan kepimpinan UMNO/BN, supaya menerima PN sebagai rakan kerjasama politik di masa depan.
Menurutnya lagi, kumpulan tersebut juga sanggup untuk menerima ahli politik bekas UMNO dari Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), dan cuba membuat taktik mengambil alih semula BN.
Topic Berkaitan
#UMNO
#gerakan sulit
#Barisan Nasional
#Perikatan Nasional
#Gabungan Parti Sarawak
#BN
#PN
#GPS
#UMNO Perak
#PAS
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan