awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jualan kereta Eropah meningkat pada November
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

GPS komited dengan Kerajaan Perpaduan, mahu suburkan politik berasas pembangunan - Fadillah

Firdaus Azil
Firdaus Azil
03/10/2023
06:28 MYT
GPS komited dengan Kerajaan Perpaduan, mahu suburkan politik berasas pembangunan - Fadillah
Fadillah bercakap pada sidang media selepas menyempurnakan Persidangan Biodiesel Sawit Ke-4 l, dan Majlis Pelancaran B100 Petronas di sini, pada Selasa. - Foto Astro AWANI/Shahir Omar
PUTRAJAYA: Ketidakstabilan politik hanya akan menjauhkan pelabur asing daripada bertapak di negara ini, sekali gus menyukarkan Kerajaan Perpaduan untuk menyuburkan kembali ekonomi negara, dalam persekitaran yang serba mencabar ketika ini.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, pihak yang ingin memecahbelahkan kerajaan sedia ada sepatutnya berhenti daripada berbuat demikian, dan lebih menumpukan politik berasas pembangunan.
Tambahnya, Gabungan Parti Sarawak (GPS) komited untuk memastikan kerajaan sedia ada kekal sepanjang penggal ini, demi kebaikan Malaysia secara keseluruhan.
“Saranan dan harapan saya kepada semua tidak kira siapa pun dalam politik ini pastikan kedudukan kestabilan negara kita ini wujudkan supaya kalau kita nak berbahas dan berpolitik pastikan berpolitik berasaskan kepada pembangunan.
“Berikan keutamaan kepada kepentingan negara dan wujudkan kestabilan sama-sama beri pandangan yang konstruktif bagaimana kita dapat pulihkan ekonomi negara kita,” katanya dalam sidang media selepas menyempurnakan Persidangan Biodiesel Sawit Ke-4 l, dan Majlis Pelancaran B100 Petronas di sini, pada Selasa.
Fadillah yang juga Ketua Whip GPS, mengulas kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Isnin, yang berkata ada pihak tidak senang dan mahu memecahbelahkan Kerajaan Perpaduan kerana cemburu dengan kekuatan gabungan itu.
Anwar yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) berkata, ini kerana kerjasama melibatkan PH bersama Barisan Nasional (BN), Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan Gabungan Parti Sarawak (GPS) adalah satu gabungan yang mantap.
Sementara itu, Fadillah berkata GPS berpegang kepada prinsip kewujudkan kestabilan dalam negara.
"Kalau siapa yang mengikuti ucapan Premier Sarawak pada sambutan Hari Malaysia di Kuching memberikan komitmen bahawa apa yang nak difokuskan GPS adalah untuk memastikan kerajaan yang stabil dan kukuh.
"Dengan itu kita akan terus menyokong untuk wujudnya kerajaan perpaduan supaya dapat wujudkan suasana politik dan kerajaan yang stabil," tegasnya lagi.
Topic Berkaitan
#ketidakstabilan politik
#Fadillah Yusof
#Kerajaan Perpaduan
#ekonomi malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan