awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
EFL: Arsenal tempah tiket ke final, misi raih piala pertama musim ini
Usaha mantapkan semula perseorangan lelaki perlu mula sekarang - Kay Bin
PM Lubnan ikrar kekalkan negara daripada terlibat perang baharu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

GRS belum tentukan rakan kerjasama untuk PRN Sabah - Hajiji

Bernama
Bernama
05/06/2025
09:42 MYT
GRS belum tentukan rakan kerjasama untuk PRN Sabah - Hajiji
Hajiji berkata, mesyuarat itu antara lain akan membincangkan aspek pengagihan kerusi, jentera pilihan raya, kempen dan calon bakal dipilih untuk bertanding mewakili parti berkenaan pada PRN17. - Gambar fail
TUARAN: Gabungan Rakyat Sabah (GRS) akan mengadakan mesyuarat Ahli Majlis Tertinggi (AMT) bagi menentukan hala tuju gabungan parti tempatan itu, termasuk mengenai rakan kerjasamanya pada Pilihan Raya Negeri Sabah Ke-17 (PRN17) akan datang.
Pengerusinya Datuk Seri Hajiji Noor berkata mesyuarat AMT itu akan diadakan dalam tempoh terdekat, mungkin selepas sambutan Hari Raya Aidiladha.
Beliau berkata mesyuarat itu antara lain akan membincangkan aspek pengagihan kerusi, jentera pilihan raya, kempen dan calon bakal dipilih untuk bertanding mewakili parti berkenaan pada PRN17.
“Banyak yang akan kita bincang kerana tidak lama lagi kita akan mengadakan pilihan raya umum negeri Sabah. Bukan sahaja soal siapa kawan kita bekerjasama (tetapi juga) agihan kerusi, pilih calon boleh menang, kempen, memperkuatkan jentera parti di setiap kawasan,” kata Ketua Menteri Sabah itu.
Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui selepas menyerahkan sumbangan lembu korban sempena Hari Raya Aidiladha di Pusat Kebudayaan Rumpun Bajau Samah Sabah di Kampung Lok Batik di sini, hari ini.
Topic Berkaitan
#PRN Sabah
#Hajiji Noor
#Bung Moktar Radin
#Ahli Majlis Tertinggi GRS akan bermesyuarat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan