PUTRAJAYA: Gerakan Tanah Air (GTA) menghantar permohonan logo dan pendaftaran parti itu kepada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS), di sini pada Selasa.
Presiden Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir berkata, dengan ini empat parti dalam gabungan GTA itu akan menggunakan satu logo yang dikenali pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) akan datang.
Beliau berharap RoS akan meluluskan penubuhan itu dengan segera seperti mana hak berpersatuan yang dijamin dalam Perlembagaan.
"Ini gabungan empat parti mana senang sikit bila kerja sebab ada gabungan. Masing-masing ada kekuatan untuk bertanding (PRU15). Kalau bertanding nanti, inilah lambang kita," katanya ketika ditemui pemberita selepas GTA menyerahkan permohonan di sini, pada Selasa.
Mukhriz menjelaskan, gabungan itu bukan setakat pergerakan bahkan satu bentuk kerjasama politik bagi menghadapi PRU15.
"Walaupun namanya pergerakan, kita dah ada logo, maksudnya nak menyertai PRU menggunakan logo sama," tambahnya.
Sebelum ini, dalam satu sidang media Pengerusi penaja gabungan itu, Tun Dr Mahathir Mohamad mengumumkan jawatankuasa tambahan bagi GTA.
Antara yang dilantik ialah Datuk Mohamed Ismail (IMAN) sebagai Bendahari dan Datuk Nizam Mahshar sebagai Ketua Penerangan.
Turut dilantik ialah Datin Paduka Che Asmah Ibrahim dari Pejuang sebagai Sayap Wanita; Nasrul Ali Hassan Abdul Latif dari Putra sebagai Sayap Pemuda serta Azliza Rajain sebagai Sayap Pemudi mewakili Berjasa.
Pada 4 Ogos lalu, Dr Mahathir mengumumkan penubuhan GTA berteraskan agenda Melayu dan Islam.
Selain Dr Mahahir, jawatankuasa penaja GTA turut dibarisi Timbalan-Timbalan Pengerusi iaitu Presiden Parti Berjasa, Zamani Ibrahim; Ibrahim Ali selaku Presiden Putra; Presiden Pejuang, Datuk Seri Mukhriz Mahathir dan Presiden Parti Perikatan India Muslim Nasional (IMAN), Datuk Mohammed Mosin Abdul Razak.
GTA merupakan satu gagasan baharu disertai parti politik, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) serta ahli akademik dan profesional Melayu dengan empat parti tonggak iaitu Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Berjasa, Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra) dan Parti Perikatan India Muslim Nasional (IMAN).
Umavathi Ramayah
Tue Sep 06 2022
Mukhriz berkata, dengan pendaftaran itu empat parti dalam gabungan GTA itu akan menggunakan satu logo yang dikenali pada Pilihan Raya Umum ke-15 akan datang. - Foto GTA
Demonstrasi pro-Palestin di kampus universiti AS
Demonstrasi pro-Palestin tercetus di beberapa kampus utama Amerika Syarikat. Pelajar menuntut gencatan senjata kekal dan menekan Washington untuk menamatkan sumbangan dana tentera kepada Israel.
Dakwaan Israel: PBB masih siasat 8 individu
Pasukan Khas PBB menutup satu kes dan menggantung tiga kes berhubung dakwaan terhadap 12 petugas UNRWA yang terlibat dengan Hamas, susulan kekurangan bukti dari Israel.
Hamas mahu gencatan senjata bersyarat
Hamas komited kuatkuasa gencatan senjata dalam perang dengan Israel, namun dengan syarat yang dituntut.
Penghidap kanser tulang impikan telefon bimbit
Siti Zubaidah, calon SPM yang mengidap kanser tulang, bercita-cita memiliki telefon bimbit untuk merakam kenangan sebelum pergi. Petronas merealisasikan impian ini melalui program 50 Dreams.
PRK Kuala Kubu Baharu bermula hari ini
PRK DUN Kuala Kubu Baharu dimulakan hari ini dengan proses penamaan calon di Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor. Calon dari parti serta calon bebas boleh serahkan borang pencalonan mulai jam 9 pagi.
Michelle Yeoh terima penghormatan tertinggi Amerika
Michelle Yeoh akan dianugerahkan Pingat Kebebasan Presiden oleh Presiden Joe Biden pada majlis rasmi di White House pada 3 Mei depan.
PM Lee akan hadir Pemukiman Pemimpin Singapura-Indonesia di Bogor
Ini merupakan permukiman ketujuh dihadiri Lee dan Pemukiman Pemimpin terakhir dengan Joko Widodo yang lebih dikenali sebagai Jokowi.
Strok haba: Kerajaan Thailand nasihatkan kumpulan berisiko tinggi supaya tidak keluar rumah
Kanak-kanak, pesakit dan golongan tua diingatkan mengelak daripada terlibat dalam aktiviti di luar bangunan selepas strok haba meragut sekurang-kurangnya 30 nyawa di Thailand.
KKM kekal keputusan pinda Akta Perubatan 1971
KKM kekal dengan keputusan untuk meminda Akta 50 bagi menangani jurang antara PPP dan Program Sarjana Perubatan tempatan biarpun mendapat bantahan sesetengah pihak.
Malaysia-China bincang perkukuh kerjasama sektor pendidikan tinggi
Sempena sambutan Ulang Tahun ke-50 Hubungan Diplomatik, Malaysia dan China bincang inisiatif strategik perluas dan perkukuh jalinan kerjasama sektor pendidikan tinggi.
Pejuang umum berundur daripada GTA
Presiden Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Datuk Seri Mukhriz Mahathir mengumumkan parti itu secara rasmi menarik diri daripada Gerakan Tanah Air (GTA).
Pendirian kerjasama dengan GTA punca Tun M letak jawatan
Pendirian kerjasama dengan GTA punca Tun M letak jawatan
Anwar PM ke-10: Tahniah, selamat maju jaya - Tun Mahathir
Kenyataan ringkas itu dimuat naik melalui akaun laman media sosial miliknya, pada Jumaat.
PRU15: GTA tidak akan kerjasama dengan BN, PN - Tun M
Pilihan kerjasama GTA ialah dengan parti lain di Sabah dan Sarawak, bukannya parti tebuk atap dan Bossku.
PRU15: GTA ikrar kayakan orang Melayu, rakyat Malaysia jika menang
Tun Dr Mahathir pertaruhkan rekod pemimpin GTA yang mana dikatakan mewarisi sebuah negara miskin selepas Merdeka dan penjajahan British.
GTA perlu menang PRU15, baru fikir soal calon PM - Dr Mahathir
Pengerusi Penaja GTA Tun Dr Mahathir Mohamad berkata perkara itu bukanlah keutamaan buat masa ini.
Masyarakat Cina diharap beri sokongan kepada GTA - Dr Mahathir
Pengerusi Penaja GTA Tun Dr Mahathir Mohamad berharap akan mendapat banyak sokongan daripada masyarakat Cina agar parti itu dapat bersaing dengan parti lain terutama UMNO dalam PRU15 pada 19 Nov ini.
PRU15: GTA akui kesilapan letak Ketua Hakim di bawah Parlimen dalam manifesto
GTA kesal atas kekeliruan berhubung ikrar itu yang menimbulkan tanda-tanya dalam kalangan anggota badan kehakiman.
GTA tidak bekerjasama dengan BN, PN, PH selepas PRU15 - Dr Mahathir
Katanya, GTA ada pilihan lain jika hendak jalinkan kerjasama iaitu dengan parti-parti di Sabah, Sarawak serta wakil rakyat Bebas.
PRU15: GTA umum manifesto hari ini, tak janji bukan-bukan
Dr Mahathir turut menyindir manifesto parti Perikatan Nasional (PN), Pakatan Harapan (PH) dan BN yang dikatakan tidak mampu menunaikan janji seperti ditawarkan.