awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JKSB terima dua pengiktirafan MBOR untuk sistem Pengurusan Trafik AI Pintar
Agong lawat dua pusat pembuatan pertahanan teknologi canggih di Abu Dhabi
Peniaga di destinasi pelancongan diingatkan tidak naikkan harga, tipu sukatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRU15: GTA tidak akan kerjasama dengan BN, PN - Tun M

Wanna Abd Rahim
Wanna Abd Rahim
16/11/2022
06:06 MYT
PRU15: GTA tidak akan kerjasama dengan BN, PN - Tun M
Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, GTA tidak menolak kemungkinan untuk membentuk kerjasama dengan parti di Sabah dan Sarawak sekiranya tidak cukup majoriti untuk membentuk kerajaan pada PRU15.
KOTA BHARU: Gerakan Tanah Air (GTA) tidak akan mewujudkan kerjasama dengan (Perikatan Nasional) dan Barisan Nasional (BN) sekiranya tidak cukup majoriti untuk membentuk kerajaan pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) ini.
Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, kerjasama itu tidak akan wujud antara parti-parti berkenaan, namun tidak menolak kemungkinan untuk membentuk kerjasama dengan parti di Sabah dan Sarawak.
"Kita tidak akan bekerjasama dengan parti tebuk atap (PN) dan ‘Bossku’ (BN) tapi kita boleh bekerjasama dengan parti lain di Sabah dan Sarawak," katanya dalam sidang media majlis Kebangkitan Rakyat Kelantan Bersama Negarawan Tun Mahathir Mohamad, di sini, hari ini.
Dalam perkembangan berkaitan, GTA, kata Dr Mahathir, mempunyai peluang yang cerah dan tinggi untuk memenangi beberapa kerusi Parlimen lain selain di Langkawi pada PRU15.
Namun begitu, beliau berkata, parti pimpinannya masih belum memuktamadkan lagi calon Perdana Menteri.
"Adalah lebih baik menunggu untuk GTA menang dulu, barulah kita buat keputusan siapa akan jadi PM," ujar Dr Mahathir yang akan mempertahankan kerusi Parlimen Langkawi pada PRU15, Sabtu ini.
Pada PRU15, GTA bertanding di 121 kerusi Parlimen.
Topic Berkaitan
#PRU15
#GTA
#parti tebuk atap
#parti Bossku
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan