awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
40,000 al-Quran dihantar ke Amerika Syarikat, Ivory Coast dan Ghana hari ini
Bank Islam lantik Raja Teh Maimunah sebagai CEO kumpulan
Gempa bumi bermagnitud 6.4 landa perairan Pacitan, tujuh cedera
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Guan Eng menang saman ke atas pemimpin Perkasa dan tiga akhbar arus perdana

Astro Awani
Astro Awani
26/03/2015
11:19 MYT
Guan Eng menang saman ke atas pemimpin Perkasa dan tiga akhbar arus perdana
Guan Eng menang saman ke atas pemimpin Perkasa dan tiga akhbar arus perdana (Gambar: Fail)
Mahkamah Tinggi hari ini mengarahkan tiga akhbar arus perdana dan dua pemimpin Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia(Perkasa) supaya membayar ganti rugi sebanyak RM550,000 terhadap Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.
Guang Eng memfailkan saman itu pada bulan Jun 2012, menamakan NST, Utusan Malaysia, Ketua Penerangan Perkasa, Ruslan Kassim, Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali, pengarang kumpulan NST Datuk Syed Nadzri Syed Harun dan Ketua Pengarang Utusan Malaysia, Abdul Aziz Ishak sebagai defendan.
Hakim Datuk Nor Bee Ariffin berkata Setiausaha Agung DAP itu berjaya membuktikan kesnya terhadap semua defendan tersebut.
Perkasa telah diarahkan untuk membayar RM150,000, manakala NSTP, yang memiliki kedua-dua akhbar New Straits Times dan Berita Harian, Utusan dan diperintahkan membayar RM200,000 setiap ganti rugi.
Saman dikemukan berdasarkan artikel yang disiarkan oleh ketiga-tiga akhbar terbabit pada 2 Oktober 2011 berdasarkan kenyataan yang dibuat Ruslan di laman web pribumiperkasa.com yang mengaitkan Guan Eng seorang ejen Singapura dan bahawa beliau mendedahkan rahsia negara kepada Parti Tindakan Rakyat (PAP) semasa mesyuarat bersama pemimpin parti tersebut yang di Singapura pada bulan Ogos 2011.
Topic Berkaitan
#Berita Harian
#Ibrahim Ali
#Lim Guan Eng
#nstp
#PERKASA
#Ruslan Kassim
#utusan malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan