awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hajiji masih dapat sokongan majoriti ADUN Sabah - Masidi

Astro Awani
Astro Awani
04/01/2023
11:24 MYT
Hajiji masih dapat sokongan majoriti ADUN Sabah - Masidi
GRS mendakwa tujuh ADUN Pakatan Harapan di Sabah turut memberikan sokongan terhadap Datuk Seri Hajiji Noor untuk kekal sebagai Ketua Menteri Sabah. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Datuk Seri Hajiji Noor telah menerima perakuan dan sokongan daripada majoriti besar Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sabah, kata Setiausaha Agungnya Datuk Seri Masidi Manjun.
Masidi mendakwa sokongan terhadap Hajiji untuk kekal sebagai Ketua Menteri Sabah turut diberikan oleh tujuh ADUN Pakatan Harapan (PH).
"Kami bersedia membuktikan keabsahan sokongan tersebut kepada pihak yang berwajib apabila dan sekiranya perlu.
"Suasana dan kedudukan politik di Sabah kekal stabil dan selamat untuk urusan perniagaan dan pelaburan," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.
Masidi dalam kenyataannya juga menjelaskan ada pihak tertentu mendakwa telah mendapat sokongan sokongan lebih separuh ADUN di Sabah bagi menubuhkan sebuah kerajaan yang baharu di Negeri Di Bawah Bayu itu.
GRS dan Barisan Nasional (BN) bekerjsama membentuk kerajaan selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah diadakan penghujung 2020 lalu.
Topic Berkaitan
#Gabungan Rakyat Sabah
#GRS
#Masidi Manjun
#Hajiji Noor
#Ketua Menteri Sabah
#ADUN
#Sabah
#sokongan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan