IPOH: Hampir 50 peratus muka baharu dilantik bagi membarisi kepimpinan Jawatankuasa Pemuda Parti Amanah Negara (Amanah) Perak bagi sesi 2023-2026, kata Ketua Pemuda Amanah Perak Khairol Najib Hashim.

Mengumumkan perkara itu pada sidang media di sini, beliau berkata barisan kepimpinan baharu itu merangkumi kombinasi muka lama dan baharu, yang diputuskan sebulat suara pada mesyuarat pelantikan jawatankuasa Pemuda Amanah Perak bagi sesi 2023-2026 yang berlangsung hari ini.

"Walaupun tampil dengan ramai muka baharu namun kebanyakan daripada mereka telah pun lama berkhidmat di peringkat kawasan," katanya.

Katanya proses pelantikan jawatankuasa utama itu adalah bagi memenuhi tuntutan perlembagaan parti menurut Fasal 17.2 (b).

Beliau berkata barisan kepimpinan yang dibentuk turut mengambil kira pelbagai faktor dalam meneruskan kecemerlangan kepimpinan dan hala tuju Pemuda Amanah Perak.

Berikut adalah senarai kepimpinan Pemuda Amanah Perak bagi penggal 2023-2026:



Ketua Pemuda: Khairol Najib Hashim

Timbalan Ketua Pemuda: Ahmad Munzirie Ahmad Kabir

Naib Ketua Pemuda Amanah 1: Ahmad Shafiq Ahmad Ariffin

Naib Ketua Pemuda Amanah 2: Zairol Paizol Zakaria

Naib Ketua Pemuda Amanah 3: Syahrunnaim Salehuddin

Setiausaha: Mohamad Zuhaili Md Zaini

Bendahari: Mohd Shahrir Shazari



-- BERNAMA