awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
TimeTec Parking lancar sistem bayaran parkir guna DuitNow QRPay
Korea Selatan akan import lebih 2 juta telur dari AS ekoran penularan selesema burung
Istana nafi Tengku Ampuan Pahang tawar bantuan wang tunai melalui media sosial
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hanya Agong yang boleh batalkan Proklamasi Darurat - Shafie Apdal

Nickyson Nyambar
Nickyson Nyambar
26/07/2021
10:03 MYT
Hanya Agong yang boleh batalkan Proklamasi Darurat - Shafie Apdal
Ahli Parlimen Semporna, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal semasa hadir pada mesyuarat ketiga Penggal Ketiga Parlimen ke-14 di Bangunan Parlimen hari ini. - fotoBERNAMA
KUALA LUMPUR : Hanya Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang boleh membatalkan mahupun membuat sebarang keputusan berkaitan dengan Proklamasi dan Ordinan-Ordinan Darurat.
Demikian ujar Presiden Parti Warisan Sabah yang juga Ahli Parlimen Semporna, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dalam Mesyuarat Khas Parlimen pada Isnin berhubung dengan keputusan kerajaan membatalkan semua Ordinan-Ordinan Darurat.
"Hak siapa untuk membatalkan Ordinan (Darurat)? Yang di-Pertuan Agong adalah individu yang mengisytiharkan ordinan dan hanya Baginda yang mempunyai kuasa untuk memaklumkan secara umum berkaitan pembatalan tersebut.
"Dan jika Ordinan Darurat telah dibatalkan, mengapa ianya dimasukkan dalam agenda pada hari ini?," soal beliau. IKUTI SISI TV PARLIMEN ASTRO AWANI DI SINI
Terdahulu Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Takiyuddin Hassan dalam sesi mesyuarat yang sama berkata, kerajaan bersetuju untuk membatalkan semua Ordinan Darurat yang telah dibuat semasa Proklamasi Darurat sebelum ini.
Beliau dalam masa yang sama turut memaklumkan, kerajaan juga memutuskan untuk tidak menasihati Yang di-Pertuan Agong untuk mengisytiharkan Proklamasi Darurat baharu apabila darurat tamat pada 1 Ogos ini.
BACA LAPOR LANGSUNG HARI PERTAMA SIDANG MESYUARAT KHAS PARLIMEN DI SINI
Katanya, kerajaan sudah menarik balik semua ordinan darurat berkenaan pada 21 Julai lalu. Pembatalan ini menjadikan isu Proklamasi dan Ordinan Darurat tidak lagi berbangkit.
BACA: Mesyuarat Khas Parlimen: Kerajaan putuskan tidak nasihat Agong untuk isytihar darurat baharu
Rakyat tidak yakin dengan Kerajaan urus COVID-19 & perbelanjaan negara
Dewan ini bukan sahaja untuk mengutara pandangan.
Topic Berkaitan
#Mesyuarat Khas Parlimen
#Penggal ke-3
#Parlimen 14
#Datuk Seri Mohd Shafie Apdal
#Ahli Parlimen Semporna
#Presiden Parti Warisan Sabah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan