awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hentikan politik guna modal kaum, agama - Mujibu Muis

Faida Rahim
Faida Rahim
04/06/2023
21:20 MYT
Hentikan politik guna modal kaum, agama - Mujibu Muis
Beliau berpendapat wajar sekiranya sebuah akta digubal untuk menangani sentimen kaum yang dilihat begitu kuat ketika tempoh PRU15 lalu.- Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Hentikan berpolitik secara retorik menggunakan modal kaum dan agama sebagai asas untuk meraih populariti dan sokongan.
Felo Kursi Institusi Raja-Raja Melayu UITM, Mujibu Abdul Muis berpendapat, pesanan dan ingatan sempena Hari Keputeraan Agong dituju kepada pemimpin agar kembali kepada prinsip asas iaitu menghormati perlembagaan.
“Konteks di peringkat bawahan itu tiada masalah tetapi yang bermasalah itu apabila ada golongan atau kelompok tertentu anggap diri mereka sebagai pemimpin sengaja memainkan isu (dengan) meniup sentimen agama dan menajamkan sisi perbezaan.
“Ini termasuk sentimen kaum, agama, dalam konteks ideologi mereka... yang mana jelas satu ketika dulu agak sukar mengikis perkara itu daripada sebahagian aktiviti berpolitik, memandangkan akan memberi mereka modal politik dan ada pulangan atau laba politik yang besar,” katanya kepada Astro AWANI.
Dalam pada itu, beliau berpendapat wajar sekiranya sebuah akta digubal untuk menangani sentimen kaum yang dilihat begitu kuat ketika tempoh Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) lalu.
"Mungkin boleh ada satu akta khusus bagi membolehkan kawalan kepada ucapan, bahasa dan juga ucapan baik secara rasmi atau tidak rasmi.
"Ini kerana kalau diperhatikan ucapan tertentu orang politik itu mungkin dikerat separuh dan digunakan untuk menimbulkan perbincangan separuh di media sosial lalu menjadi hangat dan menyempitkan perasaaan serta sentimen perkauman dan akhirnya boleh membahayakan," katanya.
Topic Berkaitan
#media sosial
#pilihan raya umum
#Mujibu Abdul Muis
#sentimen agama
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan