Pas meminta semua rakyat Malaysia menghormati keputusan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang berkenan melantik Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri kelapan.

Menerusi satu kenyataan, Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata rakyat juga perlu memperkukuhkan muafakat dan perpaduan kaum yang menjadi tonggak kepada kemakmuran negara.

BACA: Muhyiddin Yassin dilantik PM ke-8

"Pas juga mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Muhyiddin di atas pelantikan ini dan mendoakan agar sentiasa dikurniakan taufik dan hidayah-Nya bagi melaksanakan tanggungjawab yang amat berat ini," demikian menurut kenyataan itu.

-- BERNAMA