PUTRAJAYA: Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin memaklumkan parti itu telah membuat keputusan dalam Mesyuarat Ahli Majlis Tertinggi (AMT) Bersatu yang berlangsung di sini pada petang Khamis berhubung masa depan kerjasama Bersatu dan UMNO.
Bagaimanapun jelas Muhyiddin, keputusan itu akan hanya diumumkan Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainuddin dalam masa terdekat.
Terdahulu, Muhyiddin dilihat meninggalkan sebuah hotel di Putrajaya kira-kira jam 7.08 malam tadi.
Sebelum itu, beberapa pemimpin turut meninggalkan perkarangan hotel dipercayai selepas selesai mesyuarat yang bermula pada jam 5.00 petang tadi.
Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO hari ini mengesahkan parti itu tidak akan mengadakan sebarang kerjasama dengan Bersatu sewaktu Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).
Dalam satu kenyataan, Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, keputusan itu dicapai dalam mesyuarat MKT di Janda Baik, 19 Februari lepas, seperti yang dilaporkan beberapa media.
Semalam, Astro AWANI melaporkan UMNO telah menghantar surat kepada Perdana Menteri berhubung keputusan MT parti itu untuk menamatkan kerjasama dengan Bersatu dan PN menjelang PRU15.
Fareez Azman
Thu Mar 04 2021

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) meninggalkan sebuah hotel selepas mempengerusikan mesyuarat Ahli Majlis Tertinggi Bersatu hari ini. - Foto BERNAMA

"Mahathir pernah berhasrat pecat Yeo Bee Yin" - Lim Kit Siang
Kejadian ini menyerlahkan kerumitan dalam kerajaan Pakatan Harapan yang dipimpin Dr Mahathir ketika itu, kata Kit Siang.

Masjid di Gombak mohon maaf laung azan Maghrib terawal tiga minit, puasa terbatal
Kesilapan itu berlaku berpunca dari masalah teknikal pada paparan digital waktu azan di masjid terbabit.

Perubahan iklim gesa kepada transformasi perniagaan bagi bank - Moody's
Peralihan karbon dan risiko iklim fizikal akan mengubah analisis kos-faedah pinjaman dan pilihan pelaburan bank.

2020 antara tahun paling panas direkodkan - WMO
Cuaca melampau atau ekstrem yang digabungkan dengan pandemik COVID-19 memberi tamparan berganda kepada penduduk global.

Rayuan Najib: Tiada bukti dana RM42 juta datang dari Raja Abdullah - Sithambaram
Sithambaram berkata, percanggahan fakta dalam keterangan tiga saksi penting, menyebabkan ada keraguan dalam isu derma politik Arab Saudi itu

Rasuah RM1 juta: Mahkamah dengar rayuan Ku Nan esok
HMahkamah Tinggi sebelum ini menjatuhkan hukuman penjara 12 bulan serta denda RM2 juta terhadap Ku Nan selepas mendapatinya bersalah terhadap tuduhan rasuah.

Pencerobohan tanah pusaka: Orang Asli Kg Kelaik harap dapat injunksi inter-parte
Menurut Pengerusinya, Ahak Uda, permohonan mereka akan didengar di Mahkamah Tinggi Kota Bharu pada Ahad ini susulan memperoleh injunksi interim pertama pada 18 Mac lalu.

Wanita warga emas HK berputih mata, simpanan RM132 juta dilesap sindiket
Warga tua di Hong Kong, terutamanya yang kaya, sering menjadi sasaran penipuan menerusi panggilan telefon.

Lelaki maut terjun dari tingkat tiga Suria KLCC
Polis Dang Wangi terima panggilan jam 1.52 petang, memaklumkan seorang lelaki telah terjun dari tingkat tiga pusat beli-belah itu.

MIB perlu bersifat kontemporari dan lebih tersasar
Pelaksanaan MIB kali ini diharap akan memberi tumpuan terhadap usaha- usaha pembangunan sosio-ekonomi masyarakat India secara lebih tersasar berbanding sebelumnya.

Kartel, rasuah PDRM: 10 soalan untuk Perdana Menteri - Gobind Singh
Perkara itu juga tidak dapat dibahaskan di Dewan Rakyat memandangkan negara masih dalam Proklamasi Darurat.

PM tidak sebut langsung negara hampir bankrap - Majlis Gurdwara Malaysia
Presidennya, Jagir Singh berkata tidak ada sebarang perkataan bankrap disebut oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Dasar Kaunseling Negara untuk atasi kesihatan mental dalam masyarakat
Ia merupakan antara perkara yang dipersetujui dalam Mesyuarat Majlis Sosial Negara yang dipengerusikan Perdana Menteri secara sidang video semalam.

Perdana Menteri tunaikan solat Tarawih bersama penduduk kawasan Batu Caves
Muhyiddin yang tiba pada pukul 8.23 malam turut menyertai solat Isyak berjemaah di situ.

Pelabur asing masih kekal keyakinan melabur di Malaysia - Azmin
Ia terbukti dengan pelaburan bernilai RM4 billion oleh syarikat gergasi teknologi global Microsoft hari ini.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Johor harap pertemuan PM-Hsien Loong bawa berita positif
Johor mengharapkan berita positif menerusi pertemuan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dengan rakan sejawatnya dari Singapura Lee Hsien Loong.

Johor harap lawatan PM ke Singapura pada Mei bawa 'berita positif'
Perdana Menteri dijangka mengadakan lawatan rasmi ke Singapura awal bulan depan.

Pusat data serantau pertama Microsoft di Malaysia dijangka wujudkan 19,000 pekerjaan - Muhyiddin
Malaysia menyambut baik komitmen jangka panjang Microsoft Corp bersama-sama negara ini menerusi inisiatif Bersama Malaysia dalam memperkasakan Ekonomi Digital Malaysia.

Guan Dee angkat sumpah Timbalan Menteri Persekutuan
Guan Dee menggantikan Datuk Seri Dr Jeffry Kitingan yang meletakkan jawatan selepas mengangkat sumpah sebagai Timbalan Ketua Menteri Sabah.