awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Isu dana zakat: YDP MAINPP sedia beri keterangan kepada SPRM
Mogok seluruh negara lumpuhkan pengangkutan awam di Jerman
Pelantikan Malek Razak sebagai PAT langkah strategik pacu pembaharuan - ATM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hudud: MP UMNO akan undi ikut suara hati - Shahrir Samad

Bernama
Bernama
18/03/2015
13:33 MYT
Hudud: MP UMNO akan undi ikut suara hati - Shahrir Samad
SHAHRIR: Anggota Parlimen Islam daripada UMNO akan mengundi mengikut suara hati jika PAS membentangkan rang undang-undang pelaksanaan hudud. -Gambar fail
Anggota Parlimen Islam daripada UMNO akan mengundi mengikut 'conscience' (suara hati) masing-masing jika PAS membentangkan rang undang-undang persendirian di Dewan Rakyat untuk melaksanakan hudud di Kelantan.
Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Barisan Nasional Tan Sri Shahrir Abdul Samad berkata oleh kerana ini hal berkaitan kepercayaan dan agama, UMNO tidak mengeluarkan sebarang arahan kepada wakil-wakil rakyatnya.
Mereka perlu membuat keputusan sendiri, katanya.
"Suara hati termasuk (mengambil kira) apa yang terbaik untuk rakyat dan negara dan bukan apa yang terbaik untuk diri anda kerana anda mewakili rakyat," kata Shahrir kepada pemberita di lobi Dewan Rakyat hari ini.
Shahrir ditanya sama ada UMNO akan memberi sokongan kepada PAS supaya ia mendapat majoriti mudah di Dewan Rakyat bagi rang undang-undang tersebut.
Anggota Parlimen Johor Baharu itu berkata: "Kita bukan robotik, kita tidak selalu kata ini dasar parti.
"Kita mesti mengambil kira apakah kepentingan rakyat".
Topic Berkaitan
#Anggota Parlimen Islam
#hudud
#shahrir samad
#suara hati
#UMNO
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan