awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Datuk Bandar KL diarah perkemas SOP DBKL, tutup ruang rasuah
Semua tiket bas ekspres di TBS wajib ada kod QR, tidak perlu lagi tukar, cetak
Iran sedia untuk diplomasi, namun ada prinsip sendiri - Araghchi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Husni pertahan Tambun, Zambry ke Lumut dan Pangkor

Harits Asyraf Hasnan
Harits Asyraf Hasnan
24/04/2018
08:15 MYT
Husni pertahan Tambun, Zambry ke Lumut dan Pangkor
Ahmad Zahid dan Zambry bergambar bersama sebahagian calon-calon BN negeri Perak selepas majlis pengumuman calon BN negeri di Kediaman Menteri Besar hari ini. --fotoBERNAMA
Bekas Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah dicalonkan Barisan Nasional (BN) untuk kekal mempertahankan kerusi Parlimen Tambun.
Ia diumumkan Pengerusi BN Perak, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir dalam Majlis Pengumuman Calon BN Perak di Kediaman Rasmi Menteri Besar Perak di sini hari ini.
Hadir sama adalah Timbalan Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang kekal bertanding di Parlimen Bagan Datuk.
Dalam pada itu, Zambry bakal bertanding di Parlimen Lumut serta mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pangkor yang diumumkan oleh Ahmad Zahid.
"Setelah melalui proses rundingan di semua peringkat, bermula dengan mengambil kira pandangan akar umbi dan diteliti di peringkat negeri, yang kemudiannya diangkat ke peringkat pucuk pimpinan parti, BN Negeri Perak akan meletakkan calon di semua 24 kawasan Parlimen dan 59 kawasan Dewan Negeri Perak.
"Calon-calon yang dikemukakan telah melalui saringan dan yang paling penting diterima baik oleh semua peringkat parti bermula daripada peringkat akar umbi serta diperakukan oleh pucuk pimpinan parti," katanya pada majlis tersebut.
Penyandang kerusi Parlimen Tanjung Malim yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri II, Datuk Seri Ong Ka Chuan digugurkan.
Beliau yang merupakan Setiausaha Agung MCA Kebangsaan memberi laluan kepada penyandang kerusi DUN Chenderiang, Datuk Mah Hang Soon.
Sementara itu, Datuk Seri Abdul Puhat Mat Nayan melepaskan jawatan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak berkuatkuasa hari ini bagi menjadi calon Parlimen Parit Buntar.
Zambry sebelum mengumumkan kesemua calon memaklumkan muka baru yang ditampilkan BN Perak seramai 54.3 peratus di peringkat DUN manakala 29 peratus di peringkat Parlimen.
Selain itu, seramai 30.5 peratus calon muda bakal bertanding di DUN manakala 16.6 peratus di Parlimen.
Dalam usaha memperkasa wanita, seramai 10 calon wanita bertanding di peringkat DUN dan tiga di Parlimen.
Ujar Zambry, daripada 31 kerusi DUN yang dimenangi BN pada PRU13, lapan penyandang digantikan dengan muka baru.
Topic Berkaitan
#Abdul Puhat Mat Nayan
#Ahli Parlimen Tambun
#Ahmad Husni Hanadzlah
#Ahmad Zahid Hamidi
#Bagan Datuk
#calon
#Malaysia Memilih
#Pengerusi BN Perak
#Perak
#Zambry Abdul Kadir
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan