PUTRAJAYA: Segala idealisme yang diperjuangkan Angkatan Muda Keadilan (AMK) selama ini tidak lagi boleh sekadar lontaran suara lantang dan desakan, sebaliknya ia perlu direalisasikan sesuai dengan peranan sayap parti itu kini sebagai sebahagian daripada nadi penggerak kerajaan yang memerintah.
Ketua AMK Adam Adli Abd Halim berkata semua anggota AMK perlu sedar bahawa keadaan sudah berubah dan terdapat realiti baharu yang harus dihadam bersama.
"Dengan peranan dan tanggungjawab yang diamanahkan kepada kita sekarang, tidak kira berjawatan atau tidak, tidak boleh lagi hanya menjadi pencadang, sebaliknya harus ikut sama-sama jadi pelaksana.
"Sebagai AMK, kita harus sedia menerima tanggungjawab yang amat berat dan tidak mudah. Setelah bersusah kita dalam mencapai kemenangan, kini masanya untuk kita mengisi kemenangan itu," katanya ketika menyampaikan ucapan dasar pada Kongres AMK 2023 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) hari ini.
Sebagai pendokong utama kepada kerajaan pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim selaku Presiden PKR, Adam Adli berkata ia menjadi tugas bagi sayap berkenaan untuk muncul sebagai mata dan telinga yang menyambung suara anak-anak muda di negara ini.
Beliau juga meminta anggota AMK untuk menggunakan peluang sebagai Ahli Majlis, wakil rakyat dan pemegang jawatan tertinggi kerajaan di peringkat pusat atau negeri agar menyalurkan suara anak muda untuk menjadi sebuah dasar dan polisi yang baik.
Adam Adli yang juga Timbalan Menteri Belia dan Sukan turut mengingatkan perwakilan agar menjadi ejen penerapan nilai-nilai idealisme perjuangan parti kepada ahli-ahli parti berkenaan.
Justeru, katanya AMK akan menganjurkan program-program perkaderan dan latihan kepemimpinan dengan penuh penambahbaikan termasuk Kelab Debat Keadilan, Training Of Trainer dan Sekolah Angkatan Muda yang melibatkan kepimpinan sayap itu di seluruh peringkat.
Semua inisiatif berkenaan dirangkumkan dalam sebuah organ baharu yang dikenali sebagai Akademi Keadilan Rakyat (AKAR) yang dilancarkan pada kongres berkenaan dalam usaha mempersiapkan pelapis kepemimpinan AMK dengan idealisme yang jelas serta bersesuaian dengan prinsip parti sebagai sebuah parti yang mengangkat keadilan buat semua kaum.
Sementara itu, Adam Adli berkata beliau yakin seluruh rakyat Malaysia berdiri teguh di belakang pimpinan Anwar dalam mengangkat nasib rakyat Palestin meskipun usaha itu cuba dibungkam oleh segelintir 'golongan pandir'.
Katanya, iltizam dan tekad Anwar dalam hal berkenaan tidak boleh disangkal kerana Perdana Menteri itu bukan figura yang asing apabila berbicara mengenai isu demokrasi serta hak asasi manusia di peringkat antarabangsa.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Nov 25 2023
Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Adam Adli Abdul Halim menyampaikan ucapan dasar semasa Kongres Nasional AMK 2023 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), hari ini. - Foto BERNAMA
Akta Laut Wilayah masih sah, terpakai termasuk di Terengganu - PMO
Akta Laut Wilayah 2012 (Akta 750) masih sah dan terpakai di seluruh Malaysia termasuk di Terengganu, walaupun Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu membuat keputusan menolak pemakaiannya.
Yakeb sasar 1,000 bekas atlet baharu tahun ini
Yakeb menyasarkan seramai 1,000 bekas atlet dapat berdaftar di bawah yayasan itu sepanjang tahun ini. Yayasan Kebajikan Atlet K
Pulau Pinang mahu perbanyak kedai makan mesra muslim
Kerajaan Pulau Pinang berhasrat memperbanyakkan kemudahan terutama kedai makan mesra Muslim bagi memperkasakan lagi industri pelancongan di negeri ini.
Tiga firma semikonduktor mahu labur AS$100 juta di Pulau Pinang - Chow
Syarikat berkenaan adalah China Wafer Level CSP Co (WLCSP), Ningbo SJ Electronics Co (SJE) dan Wuxi AMTE Inc (AMTE).
Johor pastikan masalah bekalan air ketika perayaan tidak berulang
Kerajaan negeri akan berusaha memastikan sifar masalah bekalan air pada hari raya tahun hadapan dengan beberapa langkah telah diambil.
41 kes kebakaran terbuka di Gua Musang sejak Februari - Bomba
Aktiviti pembakaran terutamanya di kebun, ladang dan hutan perlu dielakkan ketika musim panas ini.
Runtuhan bangunan di Gaza akan ambil masa 14 tahun untuk dialihkan - Pegawai PBB
Serangan Israel telah meninggalkan runtuhan yang dianggarkan seberat 37 juta tan dalam satu wilayah yang padat dengan penduduk.
Fokus Minggu Depan: Gelanggang PRK Kuala Kubu Baharu dibuka
Ikuti kupasan Timbalan Ketua (Strategi), Ibu Pejabat Asia UNSDSN, Universiti Sunway, Prof. Wong Chin Huat mengenai Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Baharu yang bermula seusai proses penamaan calon pada Sabtu.
Wanita lintas jalan hingga akibatkan kemalangan direman
Seorang wanita berusia 35 tahun yan melintas jalan sehingga mengakibatkan berlakunya kemalangan maut di KM98.6 LPT 1 direman dua hari.
MINDEF sedia dapatkan khidmat pakar luar negara jika perlu
Kementerian Pertahanan sedia mendapatkan khidmat pakar dari luar negara jika diperlukan untuk membantu siasatan nahas dua helikopter TLDM yang mengorbankan 10 pegawai dan anggotanya.
Idealisme perjuangan AMK tidak boleh lagi sekadar lontaran suara dan desakan - Adam Adli
Ketua AMK Adam Adli Abd Halim berkata semua anggota AMK perlu sedar bahawa keadaan sudah berubah dan terdapat realiti baharu yang harus dihadam bersama.