awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Didesak letak jawatan Pengerusi PN Melaka, ini jawapan Mas Ermieyati
[KOLUMNIS] Pakatan Arab Saudi, UAE di Yaman semakin retak
Aliran trafik bergerak perlahan seluruh negara, menjelang ambang tahun baharu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Idris Jusoh nafi sokong Anwar

Bernama
Bernama
24/09/2020
20:13 MYT
Idris Jusoh nafi sokong Anwar
Idris berkata beliau tidak pernah dihubungi dan tidak pernah membuat sebarang keputusan dalam menyokong Presiden PKR itu.
Ahli Parlimen Besut Datuk Seri Idris Jusoh menafikan beliau adalah salah seorang Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) yang dikatakan menyokong pembentukan kerajaan baharu di bawah Datuk Seri Anwar Ibrahim, seperti yang tular.
Idris berkata beliau tidak pernah dihubungi dan tidak pernah membuat sebarang keputusan dalam menyokong Presiden PKR itu.
"Saya menafikan dakwaan satu portal yang meletakkan nama saya sebagai salah seorang Ahli Parlimen BN yang menyokong Datuk Seri Anwar.
"Saya tidak pernah dihubungi dan tidak pernah membuat sebarang keputusan dalam menyokong Datuk Seri Anwar," katanya dalam satu kenyataan.
Nama Idris merupakan antara 19 Ahli Parlimen UMNO tersenarai dalam mesej yang tular menerusi aplikasi WhatsApp, yang mendakwa mereka menyokong Anwar untuk menjadi perdana menteri.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#19 Ahli Parlimen UMNO
#Anwar Ibrahim
#Barisan Nasional
#Idris Jusoh
#nafi sokong anwar
#Presiden PKR
#UMNO
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan