awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Thaipusam, Hari Wilayah Persekutuan diwartakan cuti am 2026
Thailand hantar pulang 18 tentera Kemboja - Kementerian Luar
Satelit terbesar dunia dilancar, sambungan 5G terus dari angkasa
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Individu terbaik dari setiap blok harus anggotai kabinet perpaduan - Anis Yusal

Israr Khalid
Israr Khalid
24/11/2022
21:30 MYT
Individu terbaik dari setiap blok harus anggotai kabinet perpaduan - Anis Yusal
ANIS YUSAL: Sekarang ini bukan masa untuk fikir fasal diri sendiri, tapi fikirkan kebaikan negara dan rakyat terbanyak.
KUALA LUMPUR: Setiap blok parti dalam kerajaan harus mengetengahkan wakil terbaik masing-masing untuk membantu Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mentadbir negara.
Kata Felo Utama KITA-UKM, Datuk Dr Anis Yusal Yusoff, semua pihak perlu belajar berkongsi kuasa dan mewujudkan keseimbangan dalam kerajaan perpaduan yang dibentuk.
Beliau melihat adalah wajar untuk adanya Timbalan Perdana Menteri dari Barisan Nasional (BN) dan wakil dari Borneo supaya mereka bersama Perdana Menteri dapat memilih anggota kabinet dari setiap blok.
“Apa yang penting dalam blok-blok juga mereka juga perlu fikirkan siapa antara yang terbaik untuk dicadangkan kepada Perdana Menteri.
“Kalau kita tak meletakkan orang-orang yang terbaik yang boleh membantu Perdana Menteri atau ada yang menjadi liabiliti beliau, ini sudah tentu akan jadi masalah kalau orang persoalkan sekiranya si polan yang dilantik itu ada masalah tertentu,” katanya dalam program Agenda AWANI pada Khamis.
Tegasnya, dunia sedang memerhati Malaysia maka seharusnya individu terbaik diketengahkan untuk menggerakkan kerajaan demi kepentingan negara.
“Sekarang ini bukan masa untuk fikir fasal diri sendiri, tapi fikirkan kebaikan negara dan rakyat terbanyak.”
Individu terbaik dari setiap blok harus anggotai kabinet perpaduan - Anis Yusal
Topic Berkaitan
#Agenda Awani
#Malaysia Memilih
#Anis Yusal Yusoff
#KITA-UKM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan