KUALA LUMPUR: Ahli-ahli Parlimen kembali menghadiri sidang Mesyuarat Khas Dewan Rakyat yang pertama bagi tahun ini, selepas persidangan itu ditangguhkan ekoran penularan pandemik COVID-19 yang kini mencecah lebih 1 juta kes.
Namun, tidak sampai sejam bersidang, sidang khas Dewan Rakyat 'panas' dengan pertikaman lidah antara Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun dan wakil rakyat pembangkang.
Berikut 10 perkara yang menjadi tumpuan pada sidang Mesyuarat Khas Dewan Rakyat hari ini.
1. Kerajaan memutuskan enam Ordinan-Ordinan Darurat yang dibatalkan berkuat kuasa 21 Julai lalu.
2. Kerajaan menerusi Kementerian Kewangan (MOF) akan menerbitkan kenyataan Pra-Bajet termasuk dokumen konsultasi rakyat mengenai tumpuan dasar pada bulan Ogos nanti.
3. Kerajaan akan turut melibatkan tiga wakil pembangkang daripada Pakatan Harapan, Warisan dan Pejuang untuk menganggotai Majlis Pemulihan Negara (MPN).
4. Pelan Pemulihan Negara (PPN) merupakan pelan hala tuju berfasa untuk menyokong peralihan keluar daripada krisis kesihatan dan ekonomi yang tidak hanya bergantung kepada pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) secara menyeluruh.
IKUTI SISI TV PARLIMEN DI SINI
5. Rancangan Malaysia ke-12 dijangka dibentangkan di Dewan Rakyat pada 20 September dan Bajet 2022 pada 29 Oktober nanti.
6. Kerajaan menjangkakan kebanyakan negeri akan dapat beralih ke Fasa Empat, iaitu fasa terakhir Pelan Pemulihan Negara (PPN) seawal Oktober ini.
LAPOR LANGSUNG HARI PERTAMA SIDANG MESYUARAT KHAS PARLIMEN DI SINI
7. Wakil rakyat pembangkang mempersoalkan keputusan kerajaan membatalkan Ordinan dan Proklamasi Darurat tanpa dibincangkan di Parlimen atau dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong. Antara yang vokal menyuarakannya termasuk Ahli Parlimen Port Dickson, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
8. Papan nama Perdana Menteri memaparkan nama sebenar beliau iaitu Tan Sri Mahiaddin Mohd Yasin dan bukannya Muhyiddin Mohd Yassin seperti yang digunakan secara umum.
9. Isu petugas kesihatan lantikan kontrak turut mendapat perhatian dalam persidangan Mesyuarat Khas Parlimen.
10. Kementerian Kesihatan (KKM) menyediakan peranti ujian kendiri (Rapid Antigen test) yang menggunakan air liur bagi saringan COVID-19 kepada semua Ahli Parlimen yang menghadiri Mesyuarat Khas Dewan Rakyat.
Umavathi Ramayah
Mon Jul 26 2021
Suasana di dalam Dewan Rakyat pada Mesyuarat Khas Penggal Ketiga, Majlis Parlimen Keempat Belas di Parlimen hari ini. Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin akan membentangkan Pelan Pemulihan Negara pada sidang khas Dewan Rakyat itu. - fotoBERNAMA
Sultan Selangor adakan pertemuan dengan PM Anwar di Seri Perdana
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan berangkat ke kediaman rasmi Perdana Menteri di Kompleks Seri Perdana, Putrajaya.
Upacara penghormatan terakhir mengikut tradisi tentera laut
Ridauddin Daud membawakan perkembangan terkini penghomatan terakhir kepada 10 mangsa insiden helikopter TLDM yang terhempas di Lumut.
MB Perlis maklum anak ditahan, serah kepada SPRM untuk siasat
Mohd Shukri berkata beliau mengetahui berita mengenai penahanan anaknya oleh SPRM dan menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan.
Semua jenazah dibawa keluar dari HRPB
Semua jenazah anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang maut dalam nahas helikopter di Pangkalan TLDM Lumut dibawa keluar daripada Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) pada jam 4.35 petang pada Rabu.
Polis tumpaskan sindiket seludup dadah ke Sarawak
Polis menumpaskan sindiket penyeludupan dadah ke Sarawak dengan penahanan dua buruh binaan dan merampas pelbagai dadah bernilai RM1.76 juta di dua lokasi berasingan, pada Isnin lepas.
Buka tirai edisi ke-13, komited jadi pemacu WST2040
Ekspo dan Forum ASIAWATER secara rasmi membuka tirai penganjuran kali ke-13 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur untuk tiga hari dari 23 hingga 25 April 2024.
Empat ahli along didakwa lakukan khianat dengan api
Mahkamah menetapkan 23 Mei depan untuk sebutan semula kes bagi serahan dokumen.
Pemberhentian pekerja: 6,000 pekerja Tesla di Texas, California terlibat
Tesla akan memberhentikan 6,020 pekerja di Texas dan California menjelang pengumuman keputusan suku tahunannya pada Rabu.
Perbelanjaan isi rumah dijangka naik 5.0 peratus sepanjang 2024 - BMI
BMI melalui satu nota penyelidikan berkata ia mempunyai pandangan yang berhati-hati tetapi positif bagi perbelanjaan pengguna di Malaysia sepanjang 2024 memandangkan pemulihan ekonomi akan diterjemahkan kepada pertumbuhan perbelanjaan pengguna sebenar yang kukuh sepanjang tahun penuh.
Teliti projek penyelidikan, isu industri sawit negara
MPOB komited untuk menangani isu-isu industri dengan berkesan di samping memperhebat usaha penyelidikan dan pembangunan.
PRK Kuala Kubu Baharu: BN sokong mana-mana calon daripada Kerajaan Perpaduan
Calon yang dipilih berdasarkan persefahaman bersama dalam kalangan BN, Pakatan Harapan (PH) atau parti-parti komponen yang lain.
PRK Kuala Kubu Baharu: PH akan muktamad calon, bertanding atas nama Kerajaan Perpaduan
Nik Nazmi berkata, keputusan akhir akan dibuat oleh DAP dan akan dibincangkan bersama anggota komponen Kerajaan Perpaduan.
PRK: Ng Sze Han ketuai jentera PH pertahan kerusi Kuala Kubu Baharu
Setiausaha DAP Selangor Ng Sze Han dilantik sebagai Pengarah Pilihan Raya Pakatan Harapan (PH) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu.
PH bermesyuarat esok muktamadkan calon PRK Kuala Kubu Baharu
Kepimpinan tertinggi Pakatan Harapan (PH) akan bermesyuarat esok untuk memuktamadkan pemilihan calon yang mewakili gabungan itu pada PRK Kuala Kubu Baharu, Selangor, 11 Mei ini.
PRK Kuala Kubu Baharu: Wanita DAP punyai beberapa calon layak untuk diketengahkan
Wanita DAP mempunyai beberapa nama untuk diketengahkan sebagai calon mewakili Pakatan Harapan (PH), pada PRK Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu, Selangor, 11 Mei ini.
Amirudin beri bayangan calon DAP wakili PH di PRK Kuala Kubu Baharu
PH akan mengekalkan formula sedia ada, iaitu kekal dengan calon DAP untuk mempertahankan kerusi DUN Kuala Kubu Baharu.
PH belum bincang kekosongan kerusi DUN Kuala Kubu Baharu - Saifuddin
Saifuddin Nasution berkata, keluarga mendiang Kee Hiong juga perlu diberikan ruang untuk berkabung selepas pemergiannya.
Muhyiddin label kerajaan PH-BN ‘desperado’
Ahli Parlimen Pagoh itu turut mencabar kerajaan isytiharkan enam kerusi Parlimen dan satu kerusi Dewan Undangan Negeri Selangor dikosongkan.
Terjemah kerjasama GRS-PH di peringkat akar umbi menjelang PRN Sabah - UPKO
Kerjasama Gabungan Rakyat Sabah dan Pakatan Harapan perlu diterjemah di peringkat akar umbi menjelang Pilihan Raya Negeri akan datang.
Perpaduan GRS-PH perlu diteruskan pada PRN Sabah - Armizan
Timbalan Setiausaha Agung GRS Datuk Armizan Mohd Ali mahu perpaduan sedia ada antara gabungan berkenaan dengan PH diteruskan dalam PRN.