awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Insiden rebut kerusi bukti Pakatan Harapan tidak bertamadun - Syed Ali

Astro Awani
Astro Awani
29/01/2018
12:36 MYT
Insiden rebut kerusi bukti Pakatan Harapan tidak bertamadun - Syed Ali
SYED ALI: PPBM nyata kecewa kerana hanya diberikan enam kerusi daripada 36 kerusi DUN Negeri Sembilan. - Gambar fail
Kekecohan dilakukan penyokong Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) pada Konvensyen Pakatan Harapan Negeri Sembilan membuktikan pembangkang mempunyai 'kepala' masing-masing dan tidak sekata dalam perjuangan.
Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee menegaskan, insiden rempuhan dan gangguan pada hari berkenaan membuktikan pembangkang tidak bertamadun dalam berpolitik.
"PPBM nyata kecewa kerana hanya diberikan enam kerusi daripada 36 kerusi DUN Negeri Sembilan kerana mereka mendabik dada hanya mereka yang mempunyai penyokong.
"Inilah perangai tamak pembangkang kerana masing-masing mengaku kuat. Tindakan penyokong PPBM membuat kecoh semasa Presiden Pakatan Harapan, Datin Seri Dr Wan Azizah Ismail sedang berucap juga menunjukkan budaya politik ganas sedang menular dalam blok pembangkang.
"Saya berharap perangai tidak senonoh dan budaya tidak hormat pemimpin di kalangan pembangkang akan memberi kesedaran kepada rakyat secara keseluruhannya," katanya dalam catatan terbaharu di laman blog umnobahagiancheras.blogspot.my miliknya.
BACA: PPBM mahu 'jadi UMNO' dalam Pakatan Harapan - Penganalisis
BACA: PH Selangor masih gagal muktamadkan agihan kerusi PRU14
Pada Ahad, suasana Konvensyen Pakatan Negeri Sembilan bertukar kecoh apabila akar umbi PPBM melahirkan rasa tidak puas hati dengan pengagihan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan yang menyaksikan sebilangan ahlinya melaungkan kata-kata protes.
Konvensyen itu menyaksikan pengagihan 36 kerusi DUN dengan 12 merupakan milik PKR, DAP (11), Parti Amanah Negara (tujuh) dan PPBM (enam).
Manakala kerusi Parlimen pula menyaksikan setiap parti mendapat dua kerusi.
Dalam pada itu tegas Syed Ali, rakyat khususnya di Negeri Sembilan sudah boleh menilai betapa buruknya amalan politik pembangkang yang sanggup bergasak sesama sendiri hanya berebutkan kerusi pilihan raya.
"Justifikasinya pemimpin pembangkang hanya gilakan jawatan wakil rakyat daripada memberi perkhidmatan dan nilai moral yang murni kepada rakyat," tegasnya.
Sebelum ini, penganalisis politik Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof Madya Dr Fuad Othman berkata, peranan PPBM dalam Pakatan Harapan tidak ubah seperti UMNO yang mahu mendominasi gabungan parti-parti politik dalam Barisan Nasional (BN).
Pandangannya, perkara itu mempunyai asas, terutama melihat kepada asal-usul parti yang sebelum ini merupakan serpihan daripada UMNO.
Topic Berkaitan
#Barisan Nasional
#DAP
#PKR
#PPBM
#PRU14
#Syed Ali
#UMNO
#Wan Azizah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan