SHAH ALAM: Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Johari Abdul menjelaskan anaknya, Mohammed Iqbal telah berkhidmat sebagai pegawainya sejak 14 tahun lalu ketika beliau menjadi Ahli Parlimen Sungai Petani.
Justeru katanya, tidak timbul sebarang isu tentang pelantikan rasmi bagi membolehkan anaknya itu dilantik sebagai pegawai di pejabat Speaker Dewan Rakyat.
Iqbal katanya, membantu dalam menguruskan beberapa isu di bekas kawasan Parlimennya itu.
"Ini bukan pelantikan, there’s nothing yet (tak ada apa-apa setakat ini).
"Iqbal ini pegawai saya semasa saya jadi wakil rakyat selama 14 tahun lepas, jadi sekarang dia hanya meneruskan tugasnya, itu saja.
"Gaji dia juga saya yang bayar, jadi apa masalahnya?” katanya sebagaimana dilaporkan sebuah portal berita pada Jumaat.
Pelantikan Iqbal sebagai pegawai Johari di Parlimen mendapat perhatian ramai di media sosial.
Antara individu yang awal membuat dakwaan tersebut ialah ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Badrul Hisham Shaharin melalui ciapan di Twitter pagi Khamis yang mempersoalkan tindakan Johari.
Badrul Hisham mendakwa nama penuh anak Johari, Mohammed Iqbal telah dipinda dalam direktori kakitangan Parlimen dengan nama bapanya dipadamkan. -- Sinar Harian
Sinar Harian
Fri Feb 03 2023

Menurut Johari, anaknya itu membantu dalam menguruskan beberapa isu di bekas kawasan Parlimennya.- Gambar fail/BERNAMA

AWANI Ringkas: Keanggotaan Majlis Madani babitkan NGO Islam dan Bukan Islam
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

AWANI Ringkas: Agong harap Malaysia-Singapura tingkat kerjasama
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

29 lokasi seluruh negara diperkenan untuk melihat anak bulan Ramadan
Pengisytiharan tarikh mula berpuasa oleh Penyimpan Mohon Besar Raja-Raja akan dibuat malam ini.

Kita suka menghukum tanpa mengenali orang lain - Muhammad Faisal
Menurut Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia, Muhammad Faisal Abdul Aziz perkara itu boleh diatasi dengan adanya program-program kunjungan dalam konteks agama dan kaum.

Lans Koperal didakwa terima rasuah RM3,500
Ia sebagai dorongan memulangkan semula barang-barang rampasan kes.

Wan Azizah harap Persatuan Pandu Puteri Malaysia terus berkembang
Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berharap Persatuan Pandu Puteri Malaysia akan terus berkembang.

Lagenda Knicks Willis Reed meninggal dunia pada usia 80 tahun
Sebelum ini Reed dilaporkan mengalami pelbagai masalah kesihatan berkaitan jantung tahun lepas.

KSM bersedia kendali, stuktur semula program berkaitan TVET
Kementerian Sumber Manusia bersedia memikul tanggungjawab untuk mengendali dan menstruktur semula program berkaitan TVET di negara ini.

Maszlee Malik kembali bergelar pensyarah
Bekas Menteri Pendidikan itu memulakan tugas sebagai pensyarah di University of Cyberjaya.

Malaysia raih potensi pelaburan RM24 bilion dari Korea Selatan - MIDA
Misi Perdagangan dan Pelaburan (TIM) ke Korea Selatan baru-baru ini, berjaya menjana potensi pelaburan bernilai RM24 bilion bagi Malaysia.

"Kalah dalam politik bukan kalah mati, politik sangat dinamik" - Johari
"Kalah dalam politik bukan bermakna kalah terus, atau kalah mati,"kata Datuk Seri Johari Abdul Ghani yang menegaskan politik adalah dinamik.

Tak perlu siasat dakwaan Wee Ka Siong - Speaker
Johari berkata ini kerana setiap percakapan Ahli Parlimen ketika di dalam dewan adalah dilindungi di bawah Perlembagaan Persekutuan.

Johari Ghani dilantik ketua pasukan petugas selesaikan skandal 1MDB
PM Anwar lantik bekas Menteri Kewangan II ketuai pasukan petugas khas dalam menyelesaikan beberapa isu yang membabitkan skandal 1MDB.

Belanjawan 2023 lulus majoriti di peringkat dasar
Sebelum itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Menteri Kewangan membentangkan penggulungan kementerian selama hampir sejam.

Pemilihan UMNO: Lapan calon sah rebut jawatan naib presiden
Pemilihan UMNO bagi sesi 2023/2026 menyaksikan lapan calon sah merebut jawatan Naib Presiden parti itu.

Sidang Dewan Rakyat ditambah dua hari pada 3 dan 4 April
Ia bagi membolehkan beberapa rang undang-undang dan urusan kerajaan dibentangkan dan diputuskan di Dewan Rakyat.

Kerajaan diminta berhati-hati terima cadangan senaraikan Petronas melalui IPO
Ia bagi mengelakkan Malaysia kehilangan kuasa pemilikan firma minyak negara itu.

Dewan Rakyat lulus Jawatankuasa Pemilih bagi tempoh Parlimen ke-15
Dewan Rakyat hari ini meluluskan pelantikan Jawatankuasa Pemilih bagi tempoh Parlimen ke-15.

Malaysia raih FDI RM392.9 bilion pada 2018-2021, lebih 76 peratus direalisasi - MITI
Kerajaan telah meluluskan pelaburan langsung asing (FDI) bernilai RM392.9 bilion dalam sektor perkilangan dan perkhidmatan di bawah seliaan Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA).

Jo Ghani desak Goldman Sachs segera bayar hutang 1MDB kepada kerajaan Malaysia
Perjanjian antara bank pelaburan AS dan kerajaan Muhyiddin menjangkakan Malaysia menerima jumlah itu dalam aset 1MDB menjelang 2025.