awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JKSB terima dua pengiktirafan MBOR untuk sistem Pengurusan Trafik AI Pintar
Agong lawat dua pusat pembuatan pertahanan teknologi canggih di Abu Dhabi
Peniaga di destinasi pelancongan diingatkan tidak naikkan harga, tipu sukatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Isa Samad kembali sertai UMNO

Bernama
Bernama
27/05/2023
09:50 MYT
Isa Samad kembali sertai UMNO
Mohd Isa mengucapkan terima kasih kepada kepimpinan parti diterajui Ahmad Zahid kerana meluluskan permohonan beliau yang dihantar kepada UMNO sejak Julai tahun lepas. - Gambar fail
SEREMBAN: Setiausaha Agung UMNO Datuk Asyraf Wajdi Dusuki mengesahkan bahawa bekas Menteri Besar Negeri Sembilan Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad, yang meninggalkan UMNO pada 2018, diterima menyertai semula parti itu.
Beliau berkata perkara itu diputuskan dalam Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO yang dipengerusikan oleh Presiden Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
"Ya, perkara itu diputuskan oleh MKT yang bermesyuarat semalam. Surat rasmi belum dikeluarkan lagi kerana mesyuarat semalam habis pada 12 malam, saya tidak sempat ke pejabat," katanya kepada pemberita di Wisma UMNO Negeri Sembilan di sini hari ini.
Mohd Isa, 74, yang juga bekas Ahli Parlimen Jempol, sebelum ini mengumumkan keluar UMNO kerana ingin bertanding dalam pilihan raya kecil Port Dickson memandangkan parti itu tidak meletakkan calon.
Sementara itu, Mohd Isa mengucapkan terima kasih kepada kepimpinan parti diterajui Ahmad Zahid kerana meluluskan permohonan beliau yang dihantar kepada UMNO sejak Julai tahun lepas.
Katanya beliau kini adalah ahli UMNO Bagan Pinang dan sedia membantu Kerajaan Perpaduan dalam memastikan kemenangan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) tidak lama lagi.
"Terima kasih terima saya jadi ahli UMNO, saya tidak pernah menentang parti. Semasa bukan ahli UMNO, saya tetap menyokong UMNO, mana-mana ceramah pilihan raya UMNO saya pasti pergi," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Isa Samad
#UMNO
#kembali semula
#Zahid Hamidi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan