awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Isa Samad tidak bercadang adakan sidang media isu tanah Felda

Bernama
Bernama
31/12/2017
07:19 MYT
Isa Samad tidak bercadang adakan sidang media isu tanah Felda
MOHD ISA: Setakat ini saya belum dipanggil polis, kalau dipanggil saya sedia beri kerjasama. - Gambar fail
Bekas Pengerusi Felda Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad berkata beliau tidak bercadang untuk mengadakan sidang media dalam masa terdekat bagi memberi penjelasan berhubung isu pemindahan hak milik tanah agensi berkenaan di Jalan Semarak, Kuala Lumpur.
Katanya ini kerana beliau tidak mahu timbul sebarang salah faham dan salah anggapan mengenai isu tersebut.
"Kalau nak cari gaduh, bolehlah, tapi kita tidak hendak cari gaduh," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
Beliau ditemui selepas majlis penyampaian beg sekolah kepada 49 orang murid dalam program 'Kembali ke Sekolah' anjuran Yayasan Pelajaran Mara dengan kerjasama Pemuda UMNO Bahagian Telok Kemang di Sekolah Kebangsaan Intan Perdana di sini, hari ini.
Ditanya mengenai kenyataan Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Noor Rashid Ibrahim bahawa Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan memanggil beliau untuk memberi keterangan pada minggu depan berhubung isu tersebut, Mohd Isa berkata beliau tidak mengetahui perkara itu.
"Saya tak tahu... setakat ini saya belum dipanggil polis. Kalau dipanggil saya sedia beri kerjasama. Kalau polis panggil, saya akan maklumkan kepada media.... orang pertama yang akan saya beritahu ialah media," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Felda
#hak milik
#Jalan Semarak
#Mohd Isa Abdul Samad
#Noor Rashid Ibrahim
#polis
#Sidang media
#tanah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan