KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menghargai kesetiaan MIC yang terus bersama Barisan Nasional (BN) walaupun gabungan itu berhadapan cabaran besar selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
Ismail Sabri yang juga Naib Presiden UMNO berkata MIC telah mengotakan janjinya pada 21 Okt 2018 dengan terus kekal bersama BN yang kini dianggotai UMNO, MCA dan Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS).
"Kepimpinan BN tidak memaksa sesiapa untuk kekal bersama. Nilai kejujuran dan keikhlasan diuji, sewaktu BN berhadapan dengan cabaran paling besar sejak penubuhannya. MIC memilih untuk terus kekal bersama BN. (Presiden MIC) Tan Sri Vicky (S A Vigneswaran) pada 21 Okt 2018 menegaskan MIC akan kekal bersama UMNO, MCA dan PBRS.
"Kesetiaan amat penting pada bila-bila masa dan MIC 'walk the talk' (mengotakan apa yang dikatakan) bersama mengharungi masa depan politik tanah air. Kematangan berpolitik dan komitmen kepemimpinan MIC, meyakinkan BN untuk terus bersolidariti dan mara ke hadapan sebagai satu pasukan demi pembangunan negara. Terima kasih MIC!," katanya.
Ismail Sabri berkata demikian dalam ucapannya pada Perhimpunan Agung MIC ke-75 di sini hari ini.
Mengimbau kembali sejarah MIC, Perdana Menteri berkata ia diwujudkan hasil Persidangan Kaum India se-Malaya, 75 tahun yang lalu dan pada ketika itu, wakil daripada pelbagai pertubuhan sosial telah hadir di Dewan Chetttiyar, Jalan Ipoh.
"Mereka kemudiannya menyertai pakatan UMNO dan MCA pada 1955 sebagai lambang permuafakatan. Sehingga hari ini MIC terus setia bersama BN," katanya.
Ismail Sabri berkata kemenangan calon MIC di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Gadek pada Pilihan Raya Negeri Melaka baru-baru ini juga menunjukkan bahawa dengan kolaborasi politik BN, ia dapat membawa perubahan.
"Yang penting ialah semangat setiakawan dikekalkan tanpa keraguan.
"Dalam Jemaah Kabinet, MIC mempunyai Datuk Seri M Saravanan yang sentiasa membawa suara kaum India. We are not makers of history, but we are made by history (Kami bukan pencipta sejarah tetapi kami dicipta oleh sejarah). Pengajaran daripada lipatan sejarah yang lalu, bukan sahaja menjadi guru, bahkan menjadi azimat kekuatan parti dalam menghadapi cabaran mendatang," katanya.
Beliau juga percaya Perhimpunan Agung MIC hari ini merupakan wadah terbaik untuk parti itu memberikan tumpuan kepada usaha pembangunan dan penambahbaikan kehidupan kaum India di negara ini.
Ini kerana, Ismail Sabri berkata beliau yakin MIC yang telah melalui pelbagai cabaran sejak penubuhannya pada 1946, kembali disokong rakyat.
"Pada masa ini, MIC tetap berdiri teguh dalam arena politik tanah air. Saya yakin, sejak Pilihan Raya Umum ke-14, ramai masyarakat kembali menyokong MIC. Mereka menyesal kerana tersalah pilih akibat terbuai dengan janji palsu Pakatan Harapan (PH) ketika itu. Kini mereka sedar MIC adalah pejuang sejati untuk masyarakat India di Malaysia.
Justeru, kepemimpinan MIC perlu bersikap proaktif dan prihatin terhadap keadaan semasa, bukan sekadar bertujuan meraih sokongan masyarakat pada PRU15 akan datang, tetapi melakukannya dengan penuh keikhlasan, sekali gus terus memperjuangkan kepentingan kaum India dan rakyat keseluruhannya," katanya.
Dalam pada itu, Perdana Menteri turut mengucapkan tahniah kepada Vigneswaran dan Timbalan Presiden MIC, Saravanan yang juga Menteri Sumber Manusia kerana berjaya mengekalkan jawatan masing-masing selepas menang tanpa bertanding dalam pemilihan parti bagi penggal 2021-2024.
"Ucapan tahniah juga kepada mereka yang menang dan mengekalkan jawatan pada pemilihan kali ini. Semoga kepercayaan dan mandat yang diberikan oleh ahli-ahli parti akan menyuntik semangat jitu kepemimpinan MIC untuk terus memberikan perkhidmatan terbaik buat kaum India di negara ini," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Dec 12 2021
Ismail Sabri yang juga Naib Presiden UMNO berkata MIC telah mengotakan janjinya pada 21 Okt 2018 dengan terus kekal bersama BN yang kini dianggotai UMNO, MCA dan Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS). - Gambar/ Bernama
Dakwaan terhadap MB Selangor taktik terdesak pihak tertentu - Setiausaha Politik
Dakwaan terhadap Datuk Seri Amirudin Shari kononnya Menteri Besar Selangor itu meluluskan tanah di Dengkil kepada syarikat sendiri disifatkan sebagai episod ulang siar yang tidak jauh berbeza dengan t
Hafizh Syahrin raih kemenangan sulung di Zhuhai
Pelumba negara Hafizh Syahrin Abdullah meraih kejuaraan sulung bersama JDT Racing Team pada Kejuaraan Motosikal Asia (ARRC) 2024 di Litar Antarabangsa Zhuhai, di China hari ini.
AWANI Ringkas: Taktik baharu scammer
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI 7:45 [20/04/2024] - Noktahkan kemiskinan Sabah | Belum tahu jumlah peruntukan pembangkang | Freedom Flotilla to Gaza | Thailand terima 10.72 juta pelancong asing
#AWANI745 malam ini bersama Dzulfitri Yusof;
1. Noktahkan kemiskinan tegar Sabah, kata PM
2. PN masih tunggu butiran MOU, peruntukan pembangkang
3. Freedom Flotilla jalani latihan anti keganasan sebelum ke Gaza
4. 1.3 juta pelancong Malaysia ke Thailand
1. Noktahkan kemiskinan tegar Sabah, kata PM
2. PN masih tunggu butiran MOU, peruntukan pembangkang
3. Freedom Flotilla jalani latihan anti keganasan sebelum ke Gaza
4. 1.3 juta pelancong Malaysia ke Thailand
Dua polis BSI ditahan bantu siasatan kes pemerasan
Dua anggota polis yang berkhidmat di Bangunan Sultan Iskandar (BSI) ditahan semalam, bagi membantu siasatan kes pemerasan melibatkan seorang lelaki tempatan yang bekerja di Singapura.
Malaysia-Thailand tingkat kerjasama atasi jenayah
Malaysia dan Thailand setuju tingkat kerjasama untuk membanteras jenayah rentas sempadan.
#AWANI745
#AWANI745
MCMC lapor polis terhadap Papagomo, Che Gu Bard dan Salim Iskandar
MCMC menegaskan pihaknya melaksanakan tugas dan tanggungjawabnya berpandukan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, dan kesemua undang-undang subsidiari yang terkandung di dalamnya.
#AWANI745
#AWANI745
Kursus Perdana Haji peringkat Wilayah Persekutuan
Hari ini bermula Kursus Haji Perdana secara berperingkat yang dianjurkan oleh Lembaga Tabung Haji.
Ini adalah persediaan terakhir kepada bakal Haji Malaysia untuk mempersiapkan diri sebagai tetamu Allah di tanah suci nanti.
#AWANI745
Ini adalah persediaan terakhir kepada bakal Haji Malaysia untuk mempersiapkan diri sebagai tetamu Allah di tanah suci nanti.
#AWANI745
1.39 juta pelancong Malaysia ke Thailand
Thailand terima ketibaan 10.72 juta pelancong asing termasuk 1.39 juta dari Malaysia.
#AWANI745
#AWANI745
Delegasi Malaysia jalani latihan anti keganasan
Latihan ini bagi mempersiapkan peserta dalam mendepani segala kenungkinan dan provokasi yang mungkin berlaku semasa pelayaran menghantar bantuan ke Gaza berlangsung.
Syaff Shukri di Istanbul, Turki ada perinciannya.
#AWANI745
Syaff Shukri di Istanbul, Turki ada perinciannya.
#AWANI745
MIC adakan pemilihan presiden 12 April
MIC akan mengadakan pemilihan jawatan presiden bagi penggal 2024 hingga 2027 pada 12 April ini.
Wanita Malaysia pertama pegang jawatan awam Devaki Krishnan meninggal dunia
Berita kematiannya disahkan oleh cucunya Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk R Ramanan.
KPM digesa siasat larangan nyanyian lagu tradisi Tamil - Saravanan
KPM digesa untuk menyiasat dakwaan mengenai larangan nyanyian lagu tradisi bahasa Tamil sewaktu penganjuran Karnival Bahasa Tamil Peringkat Kebangsaan Tahun 2023 di Pulau Pinang, baru-baru ini.
Sayap parti pacu MIC hadapi cabaran politik semasa - Saravanan
Timbalan Presiden MIC Datuk Seri M. Saravanan yakin parti itu mampu mendepani cabaran politik semasa menerusi peranan dan sumbangan yang dimainkan sayap Pemuda, Wanita, Putera dan Puteri.
'Anggotai Kabinet hanya khabar angin' - Saravanan
Datuk Seri M Saravanan, menyifatkan dakwaan kononnya nama beliau akan tersenarai selepas rombakan Kabinet Kerajaan Perpaduan, hanyalah hanyalah khabar angin.
MIC bantu kempen calon Kerajaan Perpaduan pada PRK Kemaman
MIC memberi jaminan akan membantu kempen calon Kerajaan Perpaduan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kemaman, Terengganu Disember ini.
Peremajaan: MIC perlu pemimpin muda berwibawa
Dalam usaha meremajakan parti, pemimpin muda yang diperlukan haruslah dalam kalangan mereka yang memahami arena politik dengan baik.
MIC akan kumpul dana daripada ahli laksana program parti
MIC akan mengumpul dana daripada kalangan ahli untuk membiayai programnya bagi memastikan parti itu dapat terus bergerak dan menguatkan akar umbinya.
Manickam letak semua jawatan dalam MIC
Datuk L Manickam meletakkan semua jawatannya dalam MIC termasuk sebagai Pengerusi MIC Negeri Sembilan, Ketua MIC Bahagian Jempol dan ahli parti itu berkuat kuasa Jumaat.
Vell Paari dilantik semula sebagai Ahli Dewan Negara
Pelantikan semula berkuat kuasa 2 Sept lepas hingga 1 Sept 2026 itu adalah atas perkenan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.