KUALA LUMPUR: Kerajaan pimpinan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan hilang majoriti sekiranya Perikatan Nasional (PN) menarik sokongan terhadap Perdana Menteri.
Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke berkata, bagaimanapun keputusan PN untuk menarik sokongan terhadap kerajaan semuanya terletak kepada mereka, dan tiada kaitan dengan Pakatan Harapan (PH).
Begitupun, beliau menegaskan, sekiranya perkara itu menjadi kenyataan, satu senario politik baharu akan berlaku.
"Sama ada mereka menarik diri (daripada menyokong kerajaan) atau tidak, tiada siapa yang tahu. Satu hari mereka kata, mereka akan tarik diri dan pada hari lain pula pemimpin Bersatu kata ia bukan isu, (dan) mereka tidak pernah putuskan. Jadi, Bersatu pun tak konsisten.
"Memang mereka ini takut hilang jawatan mereka, jadi bagi kita kalau mereka tarik sokongan, maka Ismail Sabri sudah hilang majoriti," katanya dalam sidang akhbar di pejabat DAP, di sini, hari ini.
Hubungan Ismail Sabri dan PN khususnya Bersatu, selaku tonggak gabungan itu dilaporkan ‘dingin’ susulan beberapa tuntutan parti itu tidak diambil tindakan, termasuk persetujuan bertulis untuk melantik Timbalan Perdana Menteri daripada Bersatu.
Satu pertemuan di antara pimpinan gabungan berkenaan dengan Ismail Sabri sepatutnya diadakan sebelum ini dipercayai bagi membincangkan terma-terma penting dalam perjanjian di antara PN dan Perdana Menteri, namun, didakwa dibatalkan pada saat-saat akhir.
Rasa tidak puas hati Bersatu juga didakwa tercetus apabila Perdana Menteri masih mengekalkan Datuk Zuraida Kamaruddin sebagai Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi walaupun Ahli Parlimen Ampang itu keluar dari parti itu pada Mei lalu.
Mengulas lanjut, Loke yang juga Ahli Parlimen Seremban berkata, PH setakat ini belum membuat sebarang keputusan dan mengadakan perbincangan.
"Jadi jika senario itu berlaku (PN tarik sokongan), kita akan bincang dan putuskan apa (langkah) seterusnya.
"PH tidak akan membuat sebarang komitmen sekarang... kita tunggu dan lihat keadaan. Kalau ia berlaku, kita akan bincang apakah tindakan kita seterusnya," tambahnya lagi.
Hasimi Muhamad
Mon Aug 08 2022

Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke berkata, bagaimanapun, keputusan Perikatan Nasional (PN) untuk menarik sokongan terhadap kerajaan semuanya terletak kepada Barisan Nasional (BN). - Gambar fail BERNAMA

Kebakaran di bangunan simpan baja, racun milik Peladang
Bangunan berkeluasan 40x70 kaki persegi itu terbakar kira-kira 30 peratus di tingkat bawah yang menyimpan baja dan racun.
![[LAPOR LANGSUNG] Hospital Gaza dibanjiri mayat [LAPOR LANGSUNG] Hospital Gaza dibanjiri mayat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/41701638608_TBPALESTINE.jpg)
[LAPOR LANGSUNG] Hospital Gaza dibanjiri mayat
Hospital di Gaza telah menerima berpuluh-puluh mayat ketika serangan udara Israel diteruskan pada hari keempat selepas gencatan senjata.

Keganasan peneroka Israel ke atas penduduk Palestin meningkat - Laporan PBB
Laporan yang dikeluarkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Isnin mendedahkan trend membimbangkan berhubung peningkatan keganasan yang dilakukan oleh peneroka haram Israel.

Pelancong China diyakini meningkat pada 2024 menerusi pengecualian visa 30 hari
Bilangan pelancong China dan India ke Malaysia diyakini meningkat pada 2024 susulan keputusan kerajaan memberi pengecualian visa selama 30 hari untuk pelancong dari dua negara berkenaan.

Pelbagai pihak disaran tampil bantu majukan bola sepak wanita - PFAM
Semua pihak termasuk badan korporat perlu memainkan peranan bagi meningkatkan nilai komersial pada sukan bola sepak wanita sekali gus membantu memajukan bola sepak tanah air.

KPDN serbu kedai sorok minyak masak peket, hanya jual kepada warga asing
Aktiviti itu berjaya dibongkar setelah penguat kuasa KPDN melakukan serbuan di premis perniagaan tersebut pada jam 12.04 tengah hari pada Ahad.

Organisasi berita, pengawal selia harus bekerjasama perangi 'scammer'
Tokoh media terkemuka Datuk Seri Wong Chun Wai menggesa organisasi berita supaya bekerjasama dengan pengawal selia untuk memerangi kes penipuan atau 'scammer' yang semakin berleluasa.

Selisih faham, masalah kewangan antara faktor keganasan rumah tangga di Pahang
Selisih faham, masalah kewangan dan anak selain cemburu merupakan antara faktor berlakunya keganasan dalam rumah tangga di Pahang.

Melaka pertingkat prasarana, logistik sempena tiga acara besar pelancongan
Sebagai langkah awal, laluan kontra akan dilaksanakan di Melaka sebagai inisiatif penyuraian trafik bermula 15 Dis ini.

KKR terima 5,440 aduan menerusi aplikasi MYJalan
Kementerian Kerja Raya (KKR) menerima sebanyak 5,440 aduan menerusi aplikasi MYJalan sejak dilancarkan pada 24 Ogos hingga 30 Nov lepas.

PRK Kemaman: PH bersama-sama jadi tunjang utama bantu calon BN - Mohamad Sabu
Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) Datuk Seri Mohamad Sabu berkata PH mempunyai keyakinan bahawa perubahan itu boleh tercetus pada PRK Kemaman.

Tiada keperluan Kerajaan Perpaduan tawar projek untuk dapat sokongan - Fahmi
Tiada keperluan untuk Kerajaan Perpaduan menawarkan sebarang projek kepada mana-mana Ahli Parlimen untuk mendapatkan sokongan seperti yang didakwa dua Ahli Parlimen Perikatan Nasional (PN).

Pas nafi jadi sebahagian daripada Kerajaan Perpaduan
Pas menafikan laporan berita sebuah media tempatan memaklumkan bahawa parti tersebut akan menjadi sebahagian daripada Kerajaan Perpaduan.

Parlimen: 'Kenyataan Anwar berkaitan jumlah miskin tegar mengelirukan' - MP Tanjong Karang
Pada Jumaat lalu, Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata usaha menoktahkan kadar kemisikinan menunjukkan kemajuan selepas data terkini menyaksikan kadar kemiskinan tegar merudum.

ADUN Gemas, Ridzuan Ketua Pembangkang Negeri Sembilan
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gemas Ridzuan Ahmad daripada Perikatan Nasional (PN) dilantik sebagai Ketua Pembangkang bagi sesi Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan Ke-15.
![[TIDAK RASMI] PRK Pelangai: BN menang, majoriti berkurangan [TIDAK RASMI] PRK Pelangai: BN menang, majoriti berkurangan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/71696499276_AmizarAbuAdam.jpg)
[TIDAK RASMI] PRK Pelangai: BN menang, majoriti berkurangan
Keputusan tidak rasmi menyaksikan Barisan Nasional (BN) berjaya mengekalkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai pada Pilihan Raya Kecil (PRK) yang berlangsung hari ini.

Autonomi PH Sabah harus dikekalkan - UPKO
Ewon Benedick berkata ia harus dikekalkan bagi membolehkan gabungan itu membuat sebarang keputusan demi kepentingan parti dan rakyat Sabah.

Najib dibenar ke mahkamah dengar rayuan saman RM1.9 juta terhadap Tommy Thomas pada 4 Okt
Najib dibenar hadir ke mahkamah minggu depan untuk pendengaran rayuannya berhubung saman RM1.9 juta terhadap bekas Peguam Negara, Tommy Thomas.

BN namakan Amizar sebagai calon di PRK DUN Pelangai
Perkara itu diumumkan Pengerusi BN Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail pada majlis pengumuman calon BN di Dewan Majlis Daerah Bentong.

Tun Mahathir mampu cetus krisis politik baharu - Salleh
Datuk Seri Mohd Salleh Said Keruak mendakwa Tun Mahathir Mohamad bukanlah pemimpin yang membuat percaturan tanpa penghujung apabila menjadikan dirinya sebagai ketua de facto Perikatan Nasional (PN).