awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Wabak norovirus tangguh aksi pembukaan hoki ais wanita Finland
Lakaran kaki Michelangelo dijual RM90 Juta, lebih 10 kali anggaran asal
Lebih 200 premis makanan terima pengiktirafan BeSS, 72 premis diarah tutup di Kelantan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ismail Sabri, Mahdzir Khalid tidak hadir mesyuarat MKT UMNO malam ini

Ridauddin Daud
Ridauddin Daud
08/12/2022
15:24 MYT
Ismail Sabri, Mahdzir Khalid tidak hadir mesyuarat MKT UMNO malam ini
Mohamed Khaled berkata, Ismail Sabri memohon maaf kerana tidak dapat hadir memandangkan Ahli Parlimen Bera itu perlu menghadiri program lain pada masa yang sama. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin mengesahkan dua lagi Naib Presiden, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Datuk Seri Mahdzir Khalid tidak hadir ke mesyuarat tersebut.
Menurutnya, Ismail Sabri memohon maaf kerana tidak dapat hadir memandangkan Ahli Parlimen Bera itu perlu menghadiri program lain pada masa yang sama.
Begitupun, Mohamed Khaled tidak berkongsikan sebab Mahdzir tidak ikut sama dalam mesyuarat pada malam ini.
Astro AWANI pada Khamis melaporkan pascapembentukan Kabinet, Menara Dato' Onn kembali menjadi tumpuan apabila Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO berlangsung malam ini.
Di sebalik barisan ahli MKT yang hadir, kehadiran Datin Seri Rosmah Mansor menimbulkan persoalan kepada petugas media yang sudah berkampung di lobi menara.
Selain Rosmah, pemimpin tertinggi parti yang dilihat hadir ialah Khaled dan beberapa ahli MKT lain.
Antara ahli MKT lain yang hadir ialah Datuk Seri Ahmad Said yang juga merupakan Pengerusi UMNO Terengganu, Datuk Ab Rauf Yusoh (Pengerusi UMNO Melaka), Datuk Shamsul Anuar Nasarah dan Datuk Razali Ibrahim.
Selain itu, turut kelihatan Datuk Seri Johari Abdul Ghani, Datuk Mohd Puad Zarkashi dan Datuk Dira Abu Zahar.
Topic Berkaitan
#Mesyuarat MKT UMNO
#Mahdzir Khalid
#ismail sabri yaakob
#tidak hadir
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan