awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemangku Presiden Venezuela lantik menteri pelancongan baharu
Lawatan Modi serlah usaha strategik India ke Asia Tenggara
WHO mohon AS$1 bilion tangani krisis kesihatan global pada 2026

Isu air perlu diselesaikan segera - Ketua Menteri Melaka

Fareez Azman
Fareez Azman
09/03/2020
09:45 MYT
Isu air perlu diselesaikan segera - Ketua Menteri Melaka
Catuan air di negeri Melaka bermula sejak Januari lalu akibat Monsun Timur Laut membabitkan lebih setengah juta akaun pengguna. - Foto Astro AWANI
Isu air yang membelenggu negeri Melaka sejak sebulan lalu akan diselesaikan dalam kadar segera.
Menurut Ketua Menteri Melaka ke-12, Datuk Sulaiman Md Ali, beliau akan bertemu dengan Badan Kawal Selia Air (BKSA) Melaka pada Selasa untuk mengetahui masalah sebenar yang dihadapi badan itu.
"Esok saya bersama Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK), Datuk Seri Hasim Hassan mesti mendapat penjelasan dahulu daripada syarikat air yang menjaga air.
"Biar mereka memberikan sedikit permasalahan sebenar lepas itu saya akan ambil tindakan segera dan munasabah yang mungkin," katanya dalam sidang media selepas Istiadat Pengurniaan Suratcara Pelantikan dan Angkat Sumpah Jawatan, Taat Setia serta Sumpah Simpan Rahsia di Kompleks Seri Negeri pada Isnin.
Terdahulu, Sulaiman mengangkat sumpah dihadapan Tuan Yang Terutama, Yang Di-Pertua Negeri Melaka, Tun Mohd Khalil Yaakob sebagai Ketua Menteri Melaka ke-12 disaksikan 17 Ahli Dewan Undangan Negeri Gabungan Perikatan Nasional (GPN) Melaka.
Catuan air di negeri Melaka bermula sejak Januari lalu akibat Monsun Timur Laut membabitkan lebih setengah juta akaun pengguna.
Topic Berkaitan
#catuan air Melaka
#Datuk Sulaiman Md Ali
#Hasim Hassan
#Ketua Menteri
#Ketua Menteri Melaka
#Setiausaha Kerajaan Negeri SUK
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.