awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
Onn Hafiz mohon rakyat Johor peka perkembangan cuaca semasa
KPDN Kelantan rampas barangan hampir RM4.7 juta sepanjang tahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Isu LCS: AMK tempelak Syed Saddiq

Sinar Harian
Sinar Harian
11/06/2023
09:38 MYT
Isu LCS: AMK tempelak Syed Saddiq
Jelas AMK, usul Syed Saddiq tersebut hakikatnya ditolak disebabkan kerana tidak lengkap. - Fail/Sinar Harian
SHAH ALAM: Angkatan Muda Keadilan (AMK) menempelak kenyataan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang mendakwa penolakan usulnya bagi membincangkan isu kapal tempur pesisir (LCS) baru-baru ini adalah kerana dilihat bukan berkepentingan orang ramai.
Menurut sayap tersebut, seperti yang dijelaskan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul, laporan berkaitan projek pembinaan LCS dibentangkan di Parlimen setiap tiga bulan oleh Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) mengikut ketetapan.
Jelas AMK, usul Syed Saddiq tersebut hakikatnya ditolak disebabkan kerana tidak lengkap.
“Beliau menggambarkan seolah-olah Dewan Rakyat dan kerajaan telah secara tidak langsung mengelak dan melindungi siasatan LCS.
“Tindakan Syed Saddiq dan Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) secara terus menerus menyebarkan kenyataan separa benar (half-truth) yang memburukkan kerajaan secara tidak adil adalah perkara yang harus diteliti dan ditegur oleh Sekretariat Kerajaan Perpaduan,” katanya dalam satu hantaran di Facebook pada Ahad.
Sayap itu turut menambah, tindakan Syed Saddiq itu menjadi isyarat buat Pakatan Harapan (PH) untuk berhati-hati membuat penilaian bagi menerima parti tersebut ke dalam gabungan berkenaan.
Projek LCS adalah perolehan pertahanan terbesar dalam sejarah Malaysia dengan kos keseluruhan RM9 bilion.
Projek itu mendapat perhatian banyak pihak pada tahun lalu selepas PAC mendedahkan tiada satu pun kapal disiapkan walaupun kerajaan sudah membelanjakan RM6.08 bilion.
Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd (BNS) memperoleh projek LCS secara rundingan terus. -- Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Syed Saddiq Syed Abdul Rahman
#LCS
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan