KUALA LUMPUR: Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mempertikaikan keputusan Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Johari Abdul untuk tidak mengosongkan empat kerusi Parlimen di Sabah yang dimenangi bekas ahli Bersatu atas tiket Gabungan Rakyat Sabah (GRS) pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) November lepas, akan merujuk perkara itu ke mahkamah.
Beliau mendakwa keputusan oleh Yang Dipertua Dewan Rakyat itu dibuat berdasarkan tafsiran Fasal 10.2.3 Perlembagaan parti Bersatu, namun menurutnya Johari bukan pihak yang mempunyai kuasa untuk mentafsir perlembagaan parti, justeru terkhilaf dalam membuat tafsiran serta keputusan.
Menurutnya dalam surat bertarikh 16 Jan lepas, Johari memberi alasan dengan mentafsir fasal itu, empat Ahli Parlimen berkenaan menjadi ahli langsung GRS pada 27 Okt 2022, dan mendapati keahlian mereka dalam Bersatu gugur serta-merta pada waktu berkenaan, sebelum mereka bertanding dalam PRU15 pada 19 Nov 2022.
"Fasal 10.2.3 Perlembagaan Bersatu menyatakan seorang ahli gugur keahliannya secara serta-merta apabila menyertai mana-mana parti politik lain.
"Namun, fasal ini tidak terpakai kepada empat Ahli Parlimen berkenaan kerana mereka adalah ahli Bersatu dan parti ini adalah pengasas serta parti komponen GRS pada masa itu. Justeru, GRS tidak boleh ditafsirkan sebagai 'parti politik lain' mengikut semangat dan intipati Fasal itu," katanya dalam kenyataan hari ini.
Selain itu, Muhyiddin berkata surat daripada Setiausaha Badan Pimpinan Bersatu Sabah bertarikh 3 Nov 2022 jelas menyenaraikan empat Ahli Parlimen berkenaan adalah calon GRS daripada Bersatu
Beliau berkata penyertaan empat Ahli Parlimen itu sebagai ahli langsung GRS tidak menjejaskan keahlian mereka dalam Bersatu ketika bertanding pada PRU15 lepas dan surat berkenaan telah diserahkan kepada Johari untuk membantu membuat keputusan.
"Jika pun terdapat perselisihan dalam mentafsir Fasal 10.2.3 Perlembagaan Bersatu, Fasal 27 memperuntukkan kuasa untuk memberikan tafsiran yang muktamad terletak pada Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu.
"Maka dalam hal ini, hanya MPT Bersatu boleh menentukan sama ada empat Ahli Dewan Rakyat tersebut telah gugur keahlian mereka serta-merta apabila mereka menyertai GRS," katanya yang juga Ahli Parlimen Pagoh.
Muhyiddin berkata bekas Ketua Badan Pimpinan Bersatu Sabah Datuk Seri Hajiji Noor hanya mengisytiharkan keluar parti pada 10 Dis dan tindakan menyeberang lantai (crossing the floor) empat Ahli Dewan Rakyat berkenaan juga berlaku pada 19 Dis.
Beliau berkata kedua-dua keputusan itu mengakibatkan keguguran keahlian mereka dalam Bersatu di bawah Perkara 10.2.2 dan 10.2.3 perlembagaan parti selepas PRU-15.
"Adalah jelas Yang Dipertua Dewan Rakyat telah membuat tafsiran khilaf berkenaan Perkara 49A (3) Perlembagaan Persekutuan dan memandangkan kuasa mentafsirkan Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang terletak pada mahkamah, maka Bersatu akan merujuk perkara itu ke mahkamah," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jan 17 2023

Muhyiddin berkata, Johari bukan pihak yang mempunyai kuasa untuk mentafsir perlembagaan parti, justeru terkhilaf dalam membuat tafsiran serta keputusan. - Gambar fail

Tiada lagi telatah Pak Ali The Legend
Pemergian Allahyarham Mohamad Ali Husin, 66, atau lebih dikenali dengan panggilan 'Pak Ali The Legend' pada petang Selasa lalu, sangat dirasai peminatnya terutama di negeri ini.
Pembelian BPI RM160 setiap 50 kg bantu kawal harga nasi
Kebenaran pembelian Beras Putih Import (BPI) pada harga borong iaitu RM160 setiap 50 kilogram bertujuan membantu mengawal kos operasi dan memastikan harga nasi tidak dinaikkan.

PayNet beri penjelasan berhubung pengenaan yuran transaksi DuitNow QR
Payments Network Malaysia Sdn Bhd (PayNet) hari ini menjelaskan mengenai pengenaan yuran transaksi untuk pembayaran DuitNow QR dan transaksi yang dibuat dengan kad kredit berkuat kuasa 1 Nov 2023.

Allahyarham Awang Askandar dikurniakan anugerah khas sambutan Maulidur Rasul
Bekas Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kedah Allahyarham Left Kol (PA) Awang Askandar Ampuan Yaacub dikurniakan Anugerah Khas sempena Majlis Sambutan Maulidur Rasul.

Kekalkan perpaduan rakyat dengan keikhlasan, persefahaman - Tun Juhar
Perpaduan sangat penting kerana ia merupakan faktor utama yang menjadi tunjang kepada kelestarian negeri serta negara dalam melakar kemajuan dan kesejahteraan rakyat.

Naikkan harga 30 produk, KPDN tunggu jawapan Gardenia
Menurut Fuziah, Gardenia diberi tempoh enam hari untuk menjelaskan justifikasi tindakan tersebut yang dijadual bermula 1 Oktober ini.

Lebih 100,000 dijangka meriahkan Karnival Uniti Pesta Bola Merdeka Kuala Lumpur 2023
Penganjuran karnival tersebut diadakan sempena kejohanan Pesta Bola Merdeka Kuala Lumpur 2023 di Stadium Nasional Bukit Jalil.

PRK Pelangai: 'Tak undi BN, jangan suruh anak balik' hanya seloroh - Wan Rosdy
Apa yang dimaksudkan adalah mahu anak-anak rantau pulang dan memberi sokongan kepada BN yang lebih mampu memberi pembangunan di kawasan itu.
AWANI Ringkas: Kemenangan di Pelangai penting untuk bina keyakinan UMNO
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

'Laksana amanah sebaiknya sebelum Allah tarik balik' - Mohd Na'im komen isu rombakan Kabinet
Baginya, amanah yang diberikan menjadi fokus utama beliau sejak dipilih memegang jawatan itu.

Isu MP Sabah lompat parti: Speaker Dewan Rakyat terkhilaf, Bersatu rujuk ke mahkamah - Muhyiddin
Muhyiddin berkata, Johari bukan pihak yang mempunyai kuasa untuk mentafsir perlembagaan parti, justeru terkhilaf dalam membuat tafsiran serta keputusan.

Empat MP Sabah perlu kosongkan kerusi, jika peletakan jawatan diterima parti - Wan Junaidi
Empat bekas Ahli Parlimen Bersatu yang bertanding atas tiket GRS pada PRU15 dan meninggalkan parti perlu mengosongkan kerusi Parlimen masing-masing sekiranya peletakan jawatan mereka diterima.

Lantikan enam pemimpin Sabah satu pengiktirafan buat rakyat negeri ini - Bung Moktar
Pelantikan enam Ahli Parlimen Sabah dalam pembentukan Kabinet baharu disifatkan sebagai satu pengiktirafan buat rakyat negeri itu.

Ahli parlimen Sabah blok kerajaan pusat bertemu Muhyiddin hari ini
Pertemuan dengan Perdana Menteri di Sri Perdana itu disahkan Ahli Parlimen Pensiangan, Arthur Joseph Kurup.