KOTA KINABALU: Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS), Datuk Seri Maximus Ongkili menyifatkan isu pendatang asing tanpa izin (PATI) di negeri ini sebagai masalah 'hantu bangkit' kerana jalan penyelesaiannya yang tidak berkesudahan.
Katanya, PBS mendesak supaya isu itu diberi perhatian dan mengajak Gabungan Rakyat Sabah (GRS) mencari jalan yang muktamad untuk menyelesaikan perkara itu.
"Apa yang lebih mendesak bagi PBS adalah isu PATI, seperti masalah hantu bangkit. Isu ini tidak pernah hilang, hantu bangkit selalu ada di sana sini, ia berkurangan tetapi tidak pernah berkesudahan.
"PBS mengajak betul-betul GRS mencari penyelesaian yang muktamad dan dalam perbincangan kami tadi setuju untuk penubuhan Jawatankuasa Dwi-Partisan Pilihan Khas di Dewan Undangan Negeri (DUN).
"Dia (Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor) katakan akan bawa perkara ini ke peringkat kabinet dan selepas itu jika sempat pada persidangan Dewan untuk membentangkan penubuhan jawatankuasa itu," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Persidangan Perwakilan Tahunan PBS kali ke-36 dan 37 di Dewan Hakka, Likas di sini, pada Jumaat.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak) itu turut berkata, persetujuan Hajiji yang juga Pengerusi GRS antara respons yang dinyatakan beliau dalam perkara yang dibangkitkan PBS.
"Jadi jika itu adalah respons beliau untuk menyelesaikan isu PATI ini, saya boleh melihat ada komitmen yang baharu selain daripada sekadar Jawatankuasa Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) dan juga jawatankuasa tindakan susulan daripada RCI.
"Jika itu dapat ditunaikan maka kita bersyukur atas tindakan susulan yang kerajaan negeri laksanakan," katanya.
Sementara itu, Hajiji dalam ucapannya mengalu-alukan cadangan PBS berkaitan Jawatankuasa Dwi-Partisan Pilihan Khas di DUN ditubuhkan.
"Ia sebagai susulan kepada gerak kerja yang dipengerusikan oleh Datuk Seri Dr Jeffry Kitingan (Presiden Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) merangkap Timbalan Ketua Menteri).
"Saya akan bawa perkara ini untuk pertimbangan kabinet negeri. Namun prasyaratnya semua pihak perlu jujur dan ikhlas untuk mencari solusi segera kepada isu legasi ini dan bertindak demi kepentingan jangka panjang negeri," katanya. -Sinar Harian
Sinar Harian
Sat Jul 02 2022
Maximus Ongkili menyifatkan isu pendatang asing tanpa izin (PATI) di negeri ini sebagai masalah 'hantu bangkit' kerana jalan penyelesaiannya yang tidak berkesudahan. -Foto Sinar Harian
Sofia Jane raih anugerah Pelakon Wanita Terbaik di Festival Filem Asia ke-21
Secara keseluruhan naskhah arahan Badrul Hisham Ismail itu juga berjaya merangkul Anugerah Most Original Film.
Mesir, rakan usaha dapatkan gencatan senjata di Gaza
Mesir sedang berusaha mendapatkan satu gencatan senjata di Semenanjung Gaza dengan sokongan Amerika Syarikat (AS) dan Qatar, kata Menteri Luar Mesir, Sameh Shoukry pada Jumaat.
MediaTek lancar cip Dimensity 6300 dengan teknologi 6nm
Ia dihasilkan dengan teknologi 6nm TSMC dengan konfigurasi dua teras Cortex-A76 sehingga 2.4GHz dan enam teras Cortex A55 sehingga 2.0GHz.
Filem Sheriff pamer sisi berbeza Kamal Affandi sebagai pegawai polis
Filem Sheriff menemui penonton di pawagam mulai 18 April.
Bursa Malaysia dijangka mengalami keadaan tidak banyak berubah minggu depan
FBM KLCI dijangka turun naik dalam julat 1,528 hingga 1,560 minggu depan, dengan sokongan serta-merta pada 1,520, diikuti oleh 1,508.
Noktah kemiskinan tegar, isu kewarganegaraan dibincang bersama MPN PKR Sabah
Anwar yang juga Presiden PKR berkata MPN PKR Sabah telah mengutarakan kepentingan memesatkan usaha menoktahkan kemiskinan tegar di Sabah.
Tun Hanif Omar lakar sejarah Ketua Polis Negara paling lama, termuda
Allahyarham dilantik memegang jawatan Ketua Polis Negara keempat pada usia 35 tahun bermula 8 Jun 1974.
AWANI Ringkas: PM di Sabah, lawatan kerja sehari
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Amelia Henderson jawab tuduhan pakai rantai dengan loket salib
Aktres i.D berikut menerima kecaman kerana memakai loket balerina yang disalah erti oleh warga maya dengan lambang salib.
Mengenang Tun Mohammed Hanif Omar 1939-2024
Baik bagi mengenang pemergian tokoh negara berjiwa besar Allahyarham Tun Haniff Omar
Bersama kami di talian adalah Tan Sri Mohd Annuar Zaini yang juga merupakan tokoh pentadbiran yang kita kenali
Bersama kami di talian adalah Tan Sri Mohd Annuar Zaini yang juga merupakan tokoh pentadbiran yang kita kenali
10 PATI bayar RM3,000 seorang untuk pulang beraya guna laluan tikus
10 PATI warga Indonesia sanggup membayar sehingga RM3,000 untuk pulang beraya ke negara asal melalui laluan tikus di perairan Tanjung Pelepas.
Dewan Rakyat: Selepas ali baba, kini rakyat bersaing dengan 'ali bangla' - MP Paya Besar
Dakwanya, rakyat perlu bersaing dengan kumpulan bukan warganegara, yang dilihat cuba memonopoli sektor pekerjaan termasuk bergelar pengusaha.
Pendaftaran RTK 2.0 Sarawak dilanjut hingga 30 Jun
Tempoh verifikasi serta pengeluaran Pas Lawatan Kerja Sementara turut dilanjutkan, masing-masing hingga 30 Sept dan 31 Dis ini.
20,880 serbuan PATI dilakukan sejak 2022, lebih 58,500 berjaya ditangkap - Saifuddin
Jelas beliau, lima negeri dengan jumlah pendatang asing tanpa izin dicatatkan paling tinggi setakat ini adalah di Selangor, Kuala Lumpur, Johor, diikuti Sabah dan Sarawak.
Imigresen tidak pernah henti operasi, pantau kawasan tumpuan pendatang asing - Ruslin
Jabatan Imigresen tidak pernah menghentikan operasi atau pemantauan terhadap 220 kawasan tumpuan pendatang tanpa izin di seluruh negara.
Pendatang asing lolos: 91 berjaya diberkas, 38 masih diburu - KP Perak
Polis menyeru orang ramai terus bekerjasama bagi mengesan baki tahanan yang masih bebas.
Imigresen N. Sembilan tahan 80 pendatang asing tanpa izin di tiga lokasi
Kesemua 80 warga asing itu ditahan atas pelbagai kesalahan mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63.
Hari pertama 2024, ratusan warga asing di Brickfields 'digempur' Imigresen
Dalam serbuan itu, seramai 370 warga asing telah diperiksa manakala lebih 100 daripada mereka didapati melakukan kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63.
Lebih 10 lokasi panas seperti 'Mini Dhaka' jadi tumpuan polis
Menurut Timbalan KPN, operasi bersepadu pada kali ini akan tertumpu kepada penempatan-penempatan yang dikuasai PATI.
Rakyat Malaysia sewa lesen perniagaan kepada pekerja asing boleh diambil tindakan undang-undang - Rafizi
Undang-undang anti-Ali Baba yang akan diperkenalkan tidak lama lagi membolehkan tindakan tegas diambil ke atas rakyat tempatan yang 'menyewa' lesen perniagaan kepada pekerja asing.