awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
3 maut dalam nahas pesawat ringan di selatan Australia
Perhimpunan GARAH tidak dibenarkan atas faktor keselamatan awam - Polis
Seorang maut akibat virus Nipah di Bangladesh - WHO
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Isu roboh tokong: 'Jangan lakukan pembunuhan karakter'- Ahmad Zahid

Ridauddin Daud
Ridauddin Daud
09/07/2023
09:43 MYT
Isu roboh tokong: 'Jangan lakukan pembunuhan karakter'- Ahmad Zahid
Tegas Ahmad Zahid, kenyataan Guan Eng baru-baru ini adalah kenyataan lama yang dimainkan semula untuk memburukkan Ahli Parlimen Bagan itu.- Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Raikan perbezaan politik dengan akhlak politik yang baik, usah lakukan pembunuhan karakter terhadap sesiapa pun.
Demikian pesan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi selepas diminta mengulas kenyataan Pengerusi DAP, Lim Guan Eng baru-baru ini yang didakwa berkata 'gelombang hijau' bakal meruntuhkan kuil dan tokong sekiranya menang pada Pilhan Raya Negeri (PRN) akan datang.
Tegas Ahmad Zahid, kenyataan didakwa dibuat Guan Eng baru-baru ini adalah kenyataan lama yang dimainkan semula untuk memburukkan Ahli Parlimen Bagan itu.
"Saya juga membaca laporan itu. Ia berlaku beberapa lama sudah tapi ia diulangkan untuk memburukkan YB Lim Guan Eng.
"Saya fikir kalau kita berbeda politik pun, eloklah perbedaan itu dengan akhlak politik yang baik.
"Jangan lakukan 'character assasination' kepada sesiapa," tegas beliau.
Katanya lagi, kenyataan Guan Eng juga telah disalah tafsir.
Guan Eng sebelum ini menolak dakwaan beliau sengaja membangkitkan isu 3R iaitu agama, raja dan kaum ketika menyentuh berkenaan perobohan tokong Buddha atau Cina dalam ucapan pada satu program di Jelutong, Pulau Pinang.
Menerusi kenyataan di Facebooknya, bekas Ketua Menteri Pulau Pinang itu menegaskan, ucapannya sudah diputar belit, seolah-olah ada pihak ingin merobohkan tokong Buddha atau Cina.
Tegasnya, beliau merujuk kepada kes sebuah kuil Hindu dirobohkan pada Julai 2020 di Kedah dan turut melampirkan keratan akhbar untuk menyokong kenyataan beliau.
Kenyataan itu turut mengundang kritikan daripada Ketua Pemuda UMNO, Dr Akmal Saleh yang meminta polis menyiasat kenyataan Guan Eng itu.
Tegasnya, tindakan itu sebagai memberi amaran keras supaya tidak sesekali mempermainkan isu 3R tanpa mengira parti.
Topic Berkaitan
#Zahid Hamidi
#Lim Guan Eng
#Gelombang Hijau
#PRN
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan