awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pejalan kaki maut dirempuh, diseret Myvi
EU buka peluang terhadap had umur minimum penggunaan media sosial untuk negara anggota
Penutupan sebahagian kerajaan AS masuk hari ketiga akibat kebuntuan pembiayaan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Isu RoS, pemilihan parti antara tumpuan mesyuarat MKT UMNO malam ini

Astro Awani
Astro Awani
16/02/2023
08:40 MYT
Isu RoS, pemilihan parti antara tumpuan mesyuarat MKT UMNO malam ini
Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO dijadual mengadakan mesyuarat di Menara Dato' Onn, Kuala Lumpur, malam ini. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO dijadual mengadakan mesyuarat di Menara Dato' Onn, di sini, malam ini.
Mesyuarat itu akan berlangsung sehari selepas Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi meluahkan keyakinan parti itu berhubung jawapan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS).
Ahmad Zahid yakin parti itu akan menerima jawapan positif daripada berhubung usul jawatan presiden dan timbalan presiden tidak dipertandingkan pada pemilihan parti, bulan depan.
Bahkan, beliau juga optimis jawapan daripada RoS akan diperoleh lebih awal berbanding tempoh 60 hari yang diperuntukkan oleh jabatan itu untuk memberi maklum balas kepada UMNO.
Sumber Astro AWANI memberitahu, isu tersebut akan dibincangkan dalam mesyuarat pada malam ini selain beberapa perkara lain termasuk berkaitan pemilihan parti.
Beberapa perkara lain termasuk isu dalaman parti juga, kata sumber itu, dijangka turut dibincangkan malam ini. UMNO pada 31 Januari lepas memberi penjelasan kepada RoS berhubung usul tambahan yang diluluskan pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2022 untuk jawatan presiden dan timbalan presiden tidak dipertandingkan pada pemilihan parti akan datang.
Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, beliau bersama tiga individu lain telah menemui Ketua Pengarah RoS, Mohd Nawardi Saad dan timbalannya, di ibu pejabat agensi itu di Putrajaya.
Topic Berkaitan
#Pemilihan UMNO
#mesyuarat MKT
#isu RoS
#Zahid Hamidi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan