awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Apabila lukisan bernyanyi: M Nasir dan Resonans Muzikal dalam Seni Visual di Galeri PETRONAS
4,433 saman dikeluarkan sempena Op Krismas, Op Ambang Tahun Baru - Ketua Polis Johor
Titah Adendum: Jika mahu tahanan di rumah, bawalah ke Parlimen - Penganalisis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Isu sijil halal: DAP kekal bantu UMNO dalam PRK Mahkota

Bernama
Bernama
10/09/2024
13:13 MYT
Isu sijil halal: DAP kekal bantu UMNO dalam PRK Mahkota
Teo (tengah) beramah mesra bersama pekerja pada Majlis Peluncuran Pusat Beli-Belah The Coomune di The Commune Kulai hari ini. - Gambar Bernama
KULAI: DAP kekal komited membantu kempen calon UMNO pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota walaupun berlaku perselisihan faham antara segelintir pemimpin kedua-dua parti berkaitan isu pensijilan halal.
Ketua Wanita DAP Teo Nie Ching berkata perbezaan pandangan dalam sesuatu isu adalah perkara biasa walaupun bersama rakan dalam gabungan kerajaan.
"Saya faham dalam isu ini (pensijilan halal) mungkin ada pandangan yang berbeza, tetapi ini tidak akan menjejaskan kerjasama antara DAP dan UMNO, serta Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN).
"Banyak pihak telah menyuarakan pandangan mereka, saya rasa itu adalah perkara biasa, tetapi yang paling penting apabila suatu pandangan itu diutarakan ialah - bagaimana kita menjaga bahasa kita," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Pembukaan Pusat Beli-Belah The Commune di sini hari ini.
Timbalan Menteri Komunikasi itu berkata pihaknya bersedia untuk menjelaskan sebarang isu yang dibangkitkan pembangkang ketika kempen PRK DUN Mahkota termasuk isu pensijilan halal.
"Tidak mengapa.. kerana pembangkang biasanya akan memainkan apa-apa sahaja isu. Apa yang penting adalah kita menjelaskan sebarang isu berbangkit kepada rakyat.
"Ini bukanlah perkara yang telah dibuat keputusan oleh Jemaah Menteri, jadi kita mengalu-alukan pelbagai pandangan supaya dapat keputusan lebih komprehensif sebelum sebarang ketetapan dibuat," kata beliau yang juga Ahli Parlimen Kulai.
Terdahulu Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain dilaporkan berkata pihaknya telah selesai merakam keterangan Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok yang dikatakan mengeluarkan kenyataan berhubung isu pensijilan halal.
-- BERNAMA
Dapatkan informasi terkini PRK Mahkota di sini
Topic Berkaitan
#PRK Mahkota
#UMNO
#pembangkang
#Pakatan Harapan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan