awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YAPEIM peruntuk RM16.44 juta laksana 356 projek bina, baik pulih rumah sejak 2020
Ibu, ibu saudara ditahan bantu siasatan budak enam tahun lemas di kolam air panas
Tiga lelaki ditahan disyaki seludup 10 tan beras siam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jabu berundur, Uggah, Awang Tengah pemangku Timb Presiden PBB - Abang Johari

Bernama
Bernama
21/01/2017
10:18 MYT
Jabu berundur, Uggah, Awang Tengah pemangku Timb Presiden PBB - Abang Johari
Ketua Menteri Sarawak Datuk Amar Abang Johari Tun Openg merangkap Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) bergambar dengan barisan kepimpinan Barisan Nasional (BN) selepas mempengerusikan Mesyuarat MT Komponen BN hari ini. - Foto Bernama
Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Datuk Amar Abang Johari Tun Openg hari ini mengumumkan keputusan Tan Sri Alfred Jabu anak Numpang untuk berundur sebagai timbalan presiden PBB.
Beliau berkata Jabu yang juga bekas timbalan ketua menteri mengambil keputusan itu untuk memberi ruang kepada Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas untuk dilantik sebagai pemangku timbalan presiden parti.
Abang Johari berkata demikian dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi PBB di Ibu Pejabat PBB di Jalan Bako, Petra Jaya di sini, hari ini.
Beliau turut mengumumkan persetujuan PBB dengan cadangan beliau untuk melantik Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Sari Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan sebagai pemangku timbalan presiden PBB bagi mengisi jawatan itu yang dikosongkannya.
Abang Johari menjelaskan ini berikutan berdasarkan perlembagaan parti, selepas dilantik sebagai ketua menteri, beliau secara automatik menjadi presiden parti.
Abang Johari mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Sarawak pada 13 Jan lalu, selepas Ketua Menteri kelima Sarawak Tan Sri Adenan Satem yang juga ADUN Tanjung Datu meninggal dunia akibat komplikasi jantung pada 11 Jan.
Beliau turut menjelaskan bahawa Uggah dan Awang Tengah tidak dapat dilantik terus ke jawatan timbalan presiden kerana ia adalah jawatan yang dibuat secara pemilihan.
Abang Johari berkata PBB memiliki budaya toleransi dan susunan mantap dalam aspek melatih lapisan pemimpin baharu, yang jelas membawa kesejahteraan kepada parti, apabila pemimpin yang dipilih dilihat mempunyai pengalaman luas di samping rangkaian kerja yang baik untuk meneruskan kesinambungan dan kecemerlangan parti.
Dalam pada itu, beliau berkata jentera pilihan raya PBB bagi pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri Tanjung Datu telah ditubuhkan dan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar yang juga Anggota Parlimen Santubong dilantik sebagai pengarahnya.
Mengenai calon PBB bagi PRK itu, Abang Johari sekadar berkata "adalah... dua, tiga, empat".
Beliau yang mengucapkan terima kasih terhadap sokongan padu semua anggota PBB berkata petang ini beliau akan mempengerusikan mesyuarat Barisan Nasional Sarawak.
Menurutnya dengan adanya toleransi dan perpaduan kukuh dalam kalangan semua anggota, "kini kita boleh bergerak ke hadapan".
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 4 Feb sebagai hari penamaan calon bagi PRK Tanjung Datu dan pengundian pada 18 Feb. - Bernama
Topic Berkaitan
#Abang Johari Tun Openg
#Awang Tengah Ali Hasan
#Douglas Uggah Embas
#Parti Pesaka Bumiputera Bersatu
#PBB
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan